Friday, 30 May 2014

Salam perpisahan

Adat Pertemuan, pasti ada perpisahan....
Bak kata pepatah "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri"
Setelah Lima tahun menumpahkan khidmat dan jasa di negeri Kenyalang ini, tibalah masa yang sememangnya di tunggu juga di nantikan oleh insan ini juga tidak ketinggalan diriku sendiri.

Hari ini merupakan hari terakhir secara rasminya sahabatku yang ameen kenali sejak hari pertama ameen jejakkan kaki ke pejabat Jabatan Perdagangan ini. Kurang sebulan genap 3 tahun ameen mengenali insan bernama Arfieen ini. Orangnya sangat ramah, suka membantu, juga disenangi oleh semua orang.

Maafkan aku bro, kalau hari ni aku wat macam endah tak endah sangat saat jam menginjak ke jam 5 petang, aku menakung air mata dijaga agar tidak tumpah. Sememangnya hati seorang sahabat tidak dapat untuk dilafazkan untuk berpisah. Tiada lagi teman gelak ketawa d pejabat, tiada lagi teman CAK KOK TANG d Pejabat, Tiada lagi Teman APPLE, tiada lagi teman mengular, TIada lagi teman untuk segalanya d pejabat ini nanti....

Good Luck Bro,
Wishing You All The Best

Dalam tempoh setahun akan datang, pasti aku juga akan melaului saat ini. Pasti aku juga akan melangkahkan kaki untuk pulang ke kampung halaman, menumpahkan pula keringat untuk anak negeri.

Jumpa lagi....








No comments:

Post a Comment