Alhamdulillah

Saturday 14 June 2014

#Friendsip #Perpisahan




Kawan baik, sahabat, Teman, yang ameen kenal selama tiga tahun ameen di Kuching ni dah pun dapat Surat perpindahan... Happy for him, happy for me as well....

Tipu lah kalau ameen cakap ameen tak sedeh.... Sedeh woo.... Siapa x sedih kan ??? Tapi,... Itulah... Adat sebuah pertemuan, pasti Akan Ada perpisahan.... Dan hari ini, dan minggu ini, tiba lah masanya.... 

Sebenarnya 2 orang sahabat dapat Pindah.... Wan n Arfieen.... Terasa jugak lah kehilangan sahabat2 ni.... 


Wish u guys happy and success kat Tempat baru..... 

Tunggu.... My turn plak... Yeehaaa... Nilai... I'm coming..... 

#OldFriendGettingMarried kawan lama kawen da....

Kawan ni ameen jumpa masa sekolah kat pekan dulu.... One of the besties la Boleh di katakan begitu.... Pernah bekerja sama sama lepas hbs form 6... And terputus hubungan lepas dapat sambung UUM... Kawan ameen ni sambung ke IAIN Indonesia...

Happy to see his getting married and wish them a happy family till jannah..... 








Tuesday 10 June 2014

What if superheros were FAT ? ..... #9gag #FatSuperHeroes

What if Superheroes Were Fat?

This look dangerous at first....... #9gag


www.9gag.com - why so serious ??

#PruBSN terima Anugerah Institusi Takaful Terbaik




Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal (Kiri) menerima Anugerah Institusi Takaful Terbaik daripada wakil Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago. - Foto Sinar Harian Azmi Aryanto
 Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal (Kiri) menerima Anugerah Institusi Takaful Terbaik daripada wakil Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago. - Foto Sinar Harian Azmi Aryanto


PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima penghargaan daripada institusi penyelidikan dan penerbitan di Hong Kong, The Asset, sebagai Institusi Takaful Terbaik sempena penganugerahan Triple A Islamic Finance Awards.

Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal adalah wakil PruBSN yang menerima anugerah itu daripada Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago.

PruBSN turut dianugerahkan kepada syarikat itu melalui Anugerah Triple A Islamic Finance Awards adalah Anugerah Bintang Cemerlang Institusi Takaful pada 2011 dan CEO Takaful Terbaik pada 2013.

PruBSN memberikan perlindungan kepada lebih 600,000 pemegang-pemegang sijil iaitu 2 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

Jom

Salam hormat, 

Apa yang hebatnya dengan bisnes simkad TTTE ni?

Rasanya tak salah kalau saya labelkan bisnes
SIMKAD TTTE ni adalah bisnes TERBAIK
dengan MODAL TERRR..MURAH.

Ia satu-satunya bisnes yang saya join dengan
MODAL yang  MURAH dan
RENDAH kos maintainnya

TETAPI memberikan income yg jauh lebih tinggi.
SIMKad TTTE  adalah produk
CELCOM JV dgn TuneExcel.

Ianya diiktiraf oleh:-

Lembaga Perlindungan & Kebajikan Pengguna Malaysia
Yayasan Sultanah Al-Bahyah

Walaupun kita tak buat bisnes yg dicadangkan,
dengan menggunakannya sahaja kita masih
boleh dapat kelebihan dari Simkad TTTE ini:-
1. Percuma PA RM100,000
2. Dapat free tiket AirAsia
3. Dapat diskaun 30% keatas TuneHotel
4. Boleh kekalkan nombor HP lama.

Dengan keahlian yang mencecah 300,000
pastinya anda terkejut...
WOW!!, ramainya yg telah pun mendapat
manfaat dari simkad ini. Anda bila lagi ?

Friday 6 June 2014

Cuti Perayaan Gawai

Seperti biasa, setiap tahun, negeri Sarawak dan Sabah akan menyambut dan meraikan perayaan Gawai dan Kaamatan pada 1 dan 2 jun setiap tahun. Dan kebetulan pada tahun nih tarikh tuh jatuh or terkena pada musim cuti sekolah,... Maka berduyun duyun la manusia semua bercuti beramai-ramai yang pada kiranya nak bawak anak masing-masing berjalan dan juga nak beraya gawai...

Tidak seperti 2 tahun sebelum ini, ameen yang selalunya akan book tiket awal nak balik kampung, tahun nih ntah macam mana, perasaan nak balik kampung tu tak sehebat 2 tahun lepas.... bila dah tinggal seminggu jer nak cuti Gawai, baru terkial-kial nak cari tiket balik,...

Waktu tuh, jangan cakap lah mulut melopong macam gua kelawar tengok harga tiket... Mahal giler siot,... so, pendam kan ajer lah perasaan nak balik kampung tu... dok jer kat kuching nih, beraya gawai sorang diri d Rumah,,.... Best jugak dok umah sensorang nih ek,... hehehe,... apa yang best???? heheheh

So, weekend memang dah tak kerja, Sabtu n Ahad, dan Gawai plak jatuh pada hari isnin n selasa, memang cuti sakan lah geng-geng yang menyambut perayaan gawai nih,.... memang rugi jugak lah ameen tak ambil kesempatan nih nak bercuti sama,.... kan???? what to do?? dan pejabat buka semula pada hari rabu, too bad, teramat la "RAMAI" yang kerja,.... sooo Bosan,....


#Virus #Android


Thursday 5 June 2014

#Throwback #JpPoliku


Selepas perasmian Peta Niaga JP di Bumbung Hijau,... Sessi apa pun tak ingat dah,... and time nih, En Fauzi n En Irwandy Masih berada d JPPoliku.... 

Gambar ni diambil semasa dinner Exco Kelab Perdagangan di BIMMERS Gita... 

Semasa di awal ketibaan di Politeknik Kuching, En Arfieen Bawak Jalan-Jalan kat Masjar tengah malam,... Nak tengok Mat Rempit katanya,... 

Majlis Sambutan Hari Raya (RAMAH-TAMAH) JPPoliku..... 

Masa Gambar ni diambil, Ameen masih belum berada d PKS nih,..... Yang kat Belakang tu, En Nazri, n Ameen pun tak sempat dengan dia,.... 

Bergambar kenangan dengan pingat yang diperoleh melalui Kesupku,.... Acara apa ntah,... tak ingat,.... Gambar di ambil sebelum keberangkatan Berpindah en Irwandy.... 

Ha,.... Semua orang masa nih minum redbull sebab dorang ada buat jualan murah... Murah la sangat,..... 

Pelayar Britain dakwa nampak #MH370

Pelayar Britain dakwa nampak MH370
PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.

Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

Menurutnya ketika kejadian, suaminya Marc Horn, 50 bersama beberapa krew sedang tidur di bawah dek kapal dan dia sedang melakukan pemantauan di waktu malam .

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Tambahnya, dia dapat melihat garis asap hitam  yang terhasil dari belakang pesawat terbabit di sepanjang laluan kapal terbang di udara.

“Sekurang-kurangnya ada dua pesawat terbang melalui ruang udara dari arah bertentangan pada masa itu, saya fikir mungkin pesawat lain mungkin melihat kebakaran yang terjadi pada badan pesawat tersebut dan melaporkannya serta-merta,” jelasnya.

Tee yang agak tergamam dengan cahaya api tersebut kemudiannya beranggapan mungkin ianya cahaya dari meteor.

“Saya masih ingat pesawat itu datang dari arah utara dan meluncur terbang dengan api marak pada badan pesawat menuju ke arah selatan,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, sebaik sahaja berita kehilangan MH370 kedengaran melalui radio kapal, Tee dan suaminya mula menyemak semula log perjalanan mereka.

Pasangan tersebut kemudiannya mula menyedari kemungkinan objek terbakar yang terbang di ruang udara merupakan pesawat MH370.

“Kami melihat semula data perjalanan yang telah kami rekodkan sejak awal dan salah satu laluan laut yang kami lalui hampir sama dengan laluan udara di mana pesawat tersebut dilaporkan hilang,” kata Tee.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Wednesday 4 June 2014

#Tazkirah Rezeki jadi darah daging

Sy cukup terkesan dng tazkirah ni..

same2 muhasabah diri..

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. 
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri". 

KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati: 

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala. 
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala. 

3. Turut serta dlm pembinaan masjid. 

4. Meletak watercooler di tempat awam. 

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya. 

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Sunday 1 June 2014

HARAM BABI

Makan Cadbury ada Babi = HARAM. 
Baru tahu semalam, tak beli dah harini.
*****************
Tak Solat = HARAM
Dah lama tahu, tapi tak solat jugak.
*****************
Buka aurat = HARAM
Dah lama tahu, tapi tak tutup jigak.
*****************
Makan Rasuah = HARAM
Dah lama tahu, tapi ambil jugak
*****************
Bank Konvesnional yang ada Riba = HARAM
Dah lama juga tahu, tapi semacam je berurusan.
*****************
Orang melayu ISLAM ni yang mereka tahu HARAM hanyalah B.A.B.I. Padahal dah lama bergelumang dengan benda HARAM.

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...