Alhamdulillah

Wednesday 21 May 2014

Jemputan Penyertaan Gerai Niaga Konvokesyen ke22

Selamat pagi dan Salam Sejahtera…


Sempena dengan Majlis Konvokesyen ke-22 PKS pada 24 JUN 2014(SELASA) di Four Points Hotel, J/K Gerai Niaga Konvokesyen ke-22 ingin menjemput staff PKS yang berminat untuk turut serta dalam memeriahkan majlis. Staff  yang berminat untuk menjual barang-barang boleh bergerak dibawah UNIT CSR jabatan masing-masing. Bayaran penyertaan lot sebanyak RM100.00 untuk UNIT CSR yang terlibat.Sekiranya ada staff yang ingin bergerak / berniaga secara solo, bayaran penyertaan lot adalah sebanyak RM250.00.

Bayaran penyertaan adalah berdasarkan kategori seperti berikut :

PENGUSAHA GERAI
BAYARAN PENYERTAAN
Pelajar (Student Business Center,PKS)
Tiada bayaran dikenakan
Pelajar/bekas pelajar/Alumni PKS
RM50.00
Koperasi / BAKSRI
RM100.00
Staff PKS
RM250.00
Unit CSR Jabatan
RM100.00
Peniaga luar
RM350.00


Penyertaan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat, jenis perniagaan dan pengembalian Borang Tempahan Permohonan Lot Niaga serta bayaran penyertaan kepada J/K Gerai Niaga Konvokesyen Ke-22 PKS.

Para pengusaha dikehendaki membuat bayaran secara tunai kepada J/K Gerai Niaga Konvokesyen Ke-22 PKS selewat – lewatnya pada 13 Jun 2014(Khamis). Sila hubungi Cik Helen Unyan Anak Embul / Pn.Diana Lim / Pn Noor Hafizah di Jabatan Perdagangan (082 – 845596 ext.:418/419). Mana – mana pengusaha yang tidak menepati tarikh bayaran berkenaan, permohonan tempahan lot niaga anda akan terbatal serta merta.

Jualan bunga basah/bunga hidup serta makanan/minuman basah adalah dilarang sama sekali.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN"

Saya yang menurut perintah,

Helen Unyan Anak Embul
J/K Gerai Niaga Konvokesyen Ke-22 PKS
Tel HP           : 011 - 26825029
Email PKS      : helen@poliku.edu.my

Email Gmail   : myhelena73@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...