Alhamdulillah

Tuesday 31 December 2019

Refleksi Kendiri 2019

Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNYA masih lagi dipinjamkan nyawa dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.

1. Pertama tama sekali kita tahun 2019 merupakan tahun yang sangat mencabar buat diri saya secara peribadi. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun di mana ada suka, ada duka, ada tawa, ada tangis. Ada juga perkara atau kejadian yang membanggakan diri, mungkin boleh dikongsikan untuk inspirasi sesiapa sahaja. Tidak kurang kejadian / perkara yang memalukan diri di mana ianya akan memalukan diri sendiri. Perkara yang tidak baik saya rasa tak perlulah kita banggakan kerana ianya akan membuatkan kita seakan merasa bangga dengan kebodohan dan kekhilafan yang telah kita buat. Juga mungkin kita akan rasa berbangga dengan dosa yang kita lakukan. 

2. Mungkin sudah ramai yang mengetahui akan perihal diri ini yang sememangnya telah dicanang dengan sekian lama. Ceritanya bermula sejak 2018 lagi. Apa yang berlaku pada 2018 ? 

3. Sekitar menghampiri pertengahan tahun 2018, saya kononnya telah mempersiapkan diri untuk melanjutkan pengajian setelah berjaya dalam permohonan mendapatkan biasiswa (Hadiah Latihan Persekutuan) Sejak dari keputusan itu diperoleh, saya telah pun memulakan langkah untuk mempersiapkan diri bagi tujuan melanjutkan pelajaran seperti yang telah di perolehi. 

4. Tidak sampai sebulan (Lebih kurang dua minggu) selepas persiapan dan taklimat berkenaan perjalanan untuk melanjutkan pelajaran, saya mendapat satu lagi peluang di mana, saya ditawarkan untuk menjadi Atase Pendidikan di Education Malasyia Perth. Alangkah girangnya pabila apa yang dihajatkan selama lebih enam tahum mengintai dan dua kali mencuba untuk menghantar permohonan (Iklan kekosongan jawatan setiap 2 tahun). 

5. Apakan tidak, peluang yang hadir bak bulan jatuh keriba, bak mendapat durian runtuh. juga bak pungguk yang sudah pun mendapatkan bulan yang ditunggu. Semenjak dari hari itu, persiapan dan kehendak kepada pengisian jawatan yang ditawarkan, saya perhalusi dan saya persiapkan. Tidak mudah untuk mempersiapkan diri untuk ke jawatan yang telah ditawarkan. Berbagai kehendak mere perlu dituruti. semuanya saya penuhi. 

6. Dalam masa yang sama, saya terpaksa memilih diantara dua ini. Samada saya akan teruskan perancangan dengan melanjutkan pengajian, atau meneruskan hajat dengan menerima jawatan di Perth. Sudah tentulah saya memilih jawatan di Perth memandangkan peluang yang ditawarkan sangatlah jarang dan sukar untuk mendapat peluang yang sama. Untuk itu, saya membuat penagguhan (Menghantar surat permohonan menangguh pengajian) ke pihak yang menguruskan. 

7. Menginjak ke penghujung tahun 2018, saya telah pun hampir mempersiapkan persiapan-persiapan akhir di tempat kerja yang lama. Berita tersebar luas dengan cepat. (Berita baik kan). Boleh dikatakan hampir 80% persiapan telah sempurna. Proses peralihan kerja dan jawatan di tempat lama juga berjalan dengan lancar walau dengan hati yang sedih. 

8. Hari berganti hari, menginjak ke tahun yang baru, tahun 2019 pabila masa yang di janjikan hampir tiba, saya mengambil cuti lebih awal, demi bersama keluarga dan berkongsi kegembiraan juga kesyukuran bersama mak di kampung. 

9. Berita yang tidak kuduga akhirnya menjelma di depan mata. Segala proses untuk mengisi jawatan di Education Malaysia (Seluruh Dunia) dihentikan dengan tiba-tiba. saya terpana. saya termenung dengan agak lama, tanpa disedari air mata membasahi pipi. Macam mana saya nak cari perkataan yang paling sesuai agar Mak tak terkejut ? Macam mana nak bagitau kawan-kawan yang saya tak akan ke perth ? 1001 persoalan terus bermain di benak fikiran. 

10. Tkejadian ini memberikan kesan yang sangat sangat mendalam pada diri saya. Adakah saya mangsa keadaan? ketika ini, antara perkara yang bermain di dalam fikiran, macam mana dengan persiapan yang telah saya buat ? siapa yang akan menanggung kerugian saya ? boleh ke saya nak buat tuntutan ? Apa yang saya nak buat dengan segala persiapan yang dah pun saya buat ni ? Sehingga sekarang (Hari terakhir 2019) masih tiada siapa datang kehadapan untuk menjelaskan kepada saya dan kawan-kawan apa yang sedang berlaku. 

11. Saya cuba untuk menjadi positif, tapi,.... bolehkah saya menjadi positif selepas persiapan yang lama dan hampir siap sepenuhnya terhenti tiba tiba ni ? Setelah kejadian ini, saya menjadi murung, saya cuba meminggirkan diri dek kerana malu, dek kerana terkesan yang teramat sangat dengan peristiwa ini. Tiada siapa di sebelah sana mengambil tanggungjawab untuk bertemu dan memperjelaskan keputusan yang tiba tiba ini. 

12. Selama hampir tiga bulan saya menyendiri dan cuba untuk mendapatkan kekuatan. Masih tidak dapat. Rakan sekerja dari Kuching banyak memberi semangat juga mendoakan. 

13. Di satu sudut, saya cuba untuk meletakkan itu bukan rezeki saya. mungkin Perancangan ALLAH yang Maha Kuasa itu, Yang maha Mengetahui itu adalah yang terbaik untuk saya. Saya terima dengan hati yang sangat remuk. 

14. Sedikit demi sedikit saya membuka ruang di dalam diri. Mula menerima hakikat (Sehingga sekarang masih memikirkan akan peristiwa ini) kejadian yang menimpa. Rakan sekerja yang baru juga sangat memahami dan membantu dalam proses mendapatkan "tune" dalam kerja. Alhamdulillah saat yang sukar dalam tahun 2019 banyak mengajar erti pengorbanan, Erti kesabaran, Erti teman, rakan, dan sahabat. 

15. Kepada yang mengenali dan mengetahui akan perihal ini, mereka bersimpati. dan juga yang baru mengetahui akan perihal kisah saya, mereka turut serta dalam emosi saya. sehingga ke pertengahan tahun 2019, saya tak dapat nak mendengar perkataan Australia, apatah lagi Perth, terus akan teringat akan hal ini dan membuatkan saya sebak dan menitiskan air mata. Kenapa ? susah untuk menjelaskan perkara ini. tapi,... itulah apa yang saya rasa. 

16. Sehingga kehari ini, Harapan dan impian ke arah itu masih jelas. Akan saya cuba sekali lagi jika di buka peluang untuk permohonan ke sana. Saya tidak serik. saya tidak takut. 

17. Saya juga tidak mengharapkan belas kasihan sesiapa. saya berjuang seorang diri, kemanisan dan kepahitan itu saya rasa sendiri. 

18. Ada ke yang nak bawa saya jalan-jalan ? Dating ke  ? Menjamu mata ke? Sekarang saya belajar untuk senyum dan ketawa disebalik luka yang masih berdarah.

19. Tahun baru seakan taboo buat diri saya. Saya takut jika peralihan tahun akan terus memberikan kesan dan impak yang sangat besar seperti berita ini kepada diri saya.

20. kesimpulannya, tahun 2019, saya terlepas peluang menyambung pengajian (Selepas berjaya setelah empat kali memohon) dan juga terlepas Atase Pendidikan di Education Malaysia Perth.



Monday 30 December 2019

wakaf vs sedekah





Soalan
Assalamulaikum SS Mufti. saya kurang jelas pengertian wakaf yang sebenar. Dan adakah wakaf sama dengan sedekah yang lain atau ia ada keistimewaan yang khusus. mohon penjelasan.

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Istilah wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti (السكن), menegah (المنع) dan menahan (الحبس). (Lihat Lisan al-‘Arab, 9/359) Dari segi istilah, wakaf adalah menahan benda agar tidak dimiliki serta agar manfaatnya boleh disedekahkan. Maka jadilah pemilikan harta tersebut beralih kepada pemilikan Allah SWT. (Lihat al-Ta’rifat, 1/85)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)
Para ulama telah mengemukakan pengertian wakaf dengan jelas, antaranya:
  • Ibn Hajar al-Haitami menyebut takrif wakaf sebagai:
حَبْسُ مَالٍ يُمْكِنُ الِانْتِفَاعُ بِهِ مَعَ بَقَاءِ عَيْنِهِ بِقَطْعِ التَّصَرُّفِ فِي رَقَبَتِهِ عَلَى مَصْرِفٍ مُبَاحٍ
Maksudnya: “Menahan harta yang mungkin boleh dimanfaatkan selama bendanya masih baik dengan cara memutuskan hak kepemilikan atas harta tersebut, dan dialihkan untuk kepentingan-kepentingan yang dibolehkan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 25/307)
  • Ibnu Qudamah mendefinisikan wakaf sebagai:
تَحْبِيسُ الْأَصْلِ ، وَتَسْبِيلُ الثَّمَرَةِ
Maksudnya: “Menahan pokok (zat harta) dan menyedekahkah buah (hasil)” (Lihat al-Mughni, 12/175)
  • Sayyid Sabiq menyebut wakaf ialah menahan benda yang menjadi milik pewaqaf dan menyedekahkan manfaatnya di jalan Allah SWT. (Lihat Fiqh al-Sunnah, 3/515)
  • Wahbah al-Zuhayli menyebut, wakaf ialah menahan harta benda yang kekal zatnya serta boleh dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan ia diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan dengan harapan ia dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 8/155)
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, dapat difahami bahawa wakaf diertikan sebagai satu amalan dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wakaf memutuskan segala bentuk hak dan penguasaan pewakaf ke atas harta yang diwakafkan.
Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah.
Hal ini sudah tentu berbeza dengan sedekah-sedekah yang lain. Sebagai contoh, seseorang mewakafkan RM10 untuk pembinaan masjid. Maka, selagimana masjid itu kekal berada di situ, maka selagi itu pahala akan mengalir kepada pewakaf insha Allah. Manakala, contoh sedekah ialah seperti seseorang menyedekahkan RM10 kepada peminta sedekah. Duit RM10 tersebut kemudian akan digunakan untuk membeli makanan. Setelah makanan tersebut habis dimakan, maka pahala sedekah hanya setakat di situ.
Oleh itu, di samping melakukan sedekah-sedekah yang lain, marilah merebut peluang untuk berwakaf sama ada dalam bentuk wang tunai, aset dan sebagainya.
Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.

Tuesday 24 December 2019

ASB 5.5

Hasil carian imej untuk asb 5.5

Sebaik berita pengagihan pendapatan ASB 2019 diumumkan, ramai yang tak senang duduk, ramai yang gelisah, ramai yang kecewa, marah, dan macam-macam jenis perasaan. Yang memang kaki Labur, mereka akan kecewa dengan keputusan ini, di mana ianya bukanlah prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh ASB. ASB boleh buat lebih baik dari ini. ada juga yang hadir dengan spekulasi dan teori yang macam-macam. apa pun, ia telah pun diputuskan dan terpulang kepada kita sebagai pelabur untuk menentukan kemanakah kita akan melaburkan duit yang kita ada selepas ini.

Mungkin kah akan terjadi lagi seperti yang berlaku pada Tabung Haji sebelum ini? ramai orang mula mengeluarkan wang pelaburan mereka dan melaburkan ke tempat yang lain? adakah akan berlaku pengeluaran panik dalam pasaran ? semua ini tidak dapat di nafikan dek kerana tertekan dengan kelemahan ekonomi pada masa sekarang. orang ramai akan mula mencari alternatif lain untuk meletekkan wang harapan merka agar mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Bagi yang melabur ASB menggunakan wang orang lain (Pinjaman ASB) yang banyak di tawarkan oleh bank bank komersial di Malaysia, mereka akan mendongak kelangit dan mula menghitung berapakah wang dari poket terpaksa dikeluarkan demi menambah defisit dari keuntungan pelaburan yang mereka dapati. Kenapa ? Sebab interest yang dikenakan terhadap pinjaman tersebut mungkin dari range 5.0% ke 6.5% atau mungkin lebih lagi. terdapat perbezaan -1.5%  dari keuntungan yang akan diperolehi. Jadi, keuntungan sudah semestilah tidak akan melebihi dari wang ansuran yang dikenakan kepada pelabur.

Apakah tindakan dari pelabur yang seperti ini pula ? Adakah mereka akan mengetuk pintu bank dan meminta Bank untuk mengurangkan kadar interest mereka? Jika ini dilakukan, di Pihak Bank, mereka akan mengurangkan keuntungan yang akan mereka perolehi. Akan tetapi, adakah wajar pihak Bank untuk menurunkan kadar interest mereka sedangkan pelaburan ini merupakan sesuatu yang tidak pasti ? (Belum tentu dan tidak di janjikan keuntungan kepada pelabur) ?

Di satu sudut lain, adakah sudah sampai masanya pelabur pinjaman ASB ini untuk menghentikan terus pembiayaan mereka agar mereka dapat mengatur semula kewangan mereka ? Perkara ini boleh dilakukan dan ada kemungkinan untuk mereka menghentikan pelaburan ini. Dan akan mencari pelaburan yang lain yang dirasakan akan menjana keuntungan yang lebih dari pelaburan ASB ini.

Bagi pelabur konvensional yang menggunakan wang simpanan sendiri dan melabur secara konsisten atau tidak konsisten setiap bulan, mereka cuma merasakan ianya adalah satu pelaburan yang keuntungannya sedikit berkurangan (Jika dilihat dari rekod). Mereka ini tidak terjejas secara langsung dan berkemungkinan besar akan terus melaburkan wang mereka di ASB. Tindakan duduk dan lihat akan berlaku disini.

Bagi yang baru mencari tempat untuk melaburkan wang mereka, mereka akan mengalami kejutan di mana, "Projected" keuntungan tidak seperti yang diharapkan. Bagi orang melayu di malaysia, ASB adalah lubuk untuk mereka melaburkan wang dan menunggu untuk di keluarkan keuntungan demi perbelanjaan pada awal tahun yang kebiasaannya akan naik mendadak.

Sebagai pemerhati, kita hanya mampu melihat dan memberikan komen dari jauh, memandangkan kita tidak mempunyai kuasa di dalam ASB untuk melaksanakan apa-apa perubahan. Biarlah kebijakan yang ada di dalam pengurusan ASB untuk menentukan kemana halatuju wang pelaburan yang telah pun di amanahkan kepada mereka.

Jika ada salah tadbir di dalam pengurusan pun, hanya mereka yang berada di dalam sahaja yang akan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Kita hanya mampu mendoakan mereka yang tidak amanah akan diberikan hidayah dan petunjuk OlehNya. dan perangai yang tidak amanah ini akhirnya akan memakan diri mereka sendiri juga (Terciduk)

wallahuaklam....

-adios-

Wednesday 27 November 2019

Maafkan aku kawan, sahabat...

Apa jenis kawan aku nih pun tak tahu lah,... dah lebih setahun pemergian kawan aku sorang ni, baru aku tahu. Sungguh, malam ini aku tersentak. entah kenapa aku seakan mencari di mana dia sekarang. dan akhirnya aku dipertemukan dengan berita sedih pemergiannya. John Anak Sanis, nama yang aku pernah kenal ketika aku berada di kuching. Seringkali berjumpa dengan sosok tubuhnya. Kampung Tematu, Jalan tematu 8

John seorang yang sangat tabah dalam menghadapi kehidupan nya sehari-hari. Setiap kali berhubungan tak kisahlah melalui facebook ke, whatsapp ke, dia akan bercerita tentang macam-macam hal. John bukan orang yang akan membuka cerita tentang keluarga dan kehidupan dia kalau dia tak meletakkan kepercayaan pada seseorang itu.

Seorang yang Panas Baran dan seringkali gagal mengawal emosi dek kerana peribadinya diganggu oleh orang lain. Pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri dan berlaku di hadapan aku. Dia betul2 marah selepas khabar angin yang mengatakan perkara yang tak tepat mengenai dirinya.Aku hanya cuba menenangkan keadaan dan mengawal apa yang patut supya perkara tidak berlarutan menjadi lebih buruk.

Mungkin perkenalan kami sudah pun melewati sekadar kenalan. Aku rapat dengan dia dan aku boleh katakan aku adalah sahabat dia ketika itu. Aku cuba untuk memberikan kata-kata semangat untuk dia terus tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan. Aku juga orang yang akan cuba sedaya upaya aku ketika itu untuk membantu seboleh aku. Tidak juga bantuan aku berjaya meloloskan dia dari apa yang dia betul-betul nak lari.

Namun, aku menjadi diri aku. entah kenapa aku mendiamkan diri untuk beberapa ketika. John masih terus cuba untuk menghubungi aku. aku terus diam membisu. Satu hari aku berjumpa semula dengannya ketika aku sedang berkursus di KL. Kebetulan pada waktu itu John bekerja di Cheras. Dia berkeras nak berjumpa dengan aku sebab kononnya ada perkara nak di sampaikan. aku rasa aku tak perlu nak ceritakan kat sini peristiwa perjumpaan kami di KL. Aku akan terus simpan bersama dengan kenangan selagi aku masih boleh mengingatinya.

John tetap ceria. tapi agak berbeza. mungkin sebab dia tengah kerja. Selama dua hari aku kat Cheras, dua hari juga aku berjumpa dan teman kan John buat kerja. Entah kenapa dari sini aku merasakan ada sesuatu yang John cuba sorokkan dari aku. Aku macam tahu apa yang cuba disorokkan cuma aku tak nak serkap jarang. Sebab aku tahu dan pernah menyaksikan John yang berdarah Panas ini cuba melakukan sesuatu yang aku akan bersabar.

Aku biarkan kisah aku yang seakan menghidu apa yang sedang berlaku. Setelah aku kembali ke Kuching, aku cuba menghubungi semula John. aku cuba untuk mengorek apa yang sebenarnya yang terjadi. entah kenapa aku pun macam nak sangat tahu kenapa dan apa yang terjadi sebenarnya. John memulangkan buah keras kepada aku. Katanya hendak membalas apa yang aku buat padanya.

Aku dengan ego aku, John dengan Ego dia. aku tahu aku tak sepatutnya memperlakukan seperti itu kepada seorang yang aku dah anggap sebagai sahabat. Kalau bukan dengan sahabat, dengan siapa lagi akan kita luah dan kongsikan perasaaan kita kan ?

Tak berapa lama lepas tu aku dapat tahu John dah berpindah ke Sabah. dan dia seakan sangat happy di sana. mungkin dapat kerja baru kot. Dia pernah juga cerita yang ada menawarkan dia kerja. Kerja yang dia sendiri Enjoy. Jauh disudut hati, aku gembira dengan perkembangn itu. cuma kali ini aku pulak yang sibuk nak mendekati john dan cuba mendapatkan perhatian.

selepas pada tu, aku semakin sibuk dan tenggelam dengan dunia aku sendiri. Begitu juga dengan John. dan hari ini aku merasa terpukul dengan berita yang aku dapat tahu dengan tidak sengaja. Aku sedih dan aku rasa bersalah. aku terkejut juga aku merasakan aku tidak layak untuk menjadi sahabat john. Maafkan aku john, aku tak tahu kau sakit. aku tak tahu apa penyebab kepada pemergian kau. Aku juga tak sempat nak menjenguk kau. Padahal pada hari itu, aku masih di kuching.

Aku hanya dapat mendoakan kebhagiaan milik kau di sana. Aku doakan urusan kau dipermudahkan di sana. Aku cuma nak bagitahu, Aku rindu JOHN ANAK SANIS.

Image may contain: one or more people and people sitting

Wednesday 14 August 2019

Cerita Tentang Bertaruh

Seorang pakcik, berumur 70 an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan.. RM5 ribu. kadang2 RM8 ribu.. ade jugak sampai RM12 ribu!!

Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank.
Pengurus Bank pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan..

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau..

Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak. Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang! Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7..

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..

Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..

Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: CELAKEEEE!!!!

Moralnya: Jangan bertaruh kerana ianya haram!!!

Tuesday 13 August 2019

Ketum tak Dimasuk dalam akta dadah berbahaya- menteri kesihatan

Berita baik  Untuk semua peminat AIR KETUM
Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan Ranking daun ketum anti kanser :
1: daun ketum urat hijau 46.5%
2: daun ketum jenis urat merah 37.6%
3: daun jenis halus 35,4%
4: daun ketum bawal 34.7%
5: daun ketum ekor babi. 32.9%
6: daun ketum ekor kura. 29.8%
7: daun ketum hitam. 23.8%
Tips utama: Semua daun ketum mgandung kolagen, terutama daun ketum kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah jus ketum hangat tanpa gula.

Penemuan resepi baru dari negara China: bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 helai daun ketum panjang di campur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari. Silakan cek kadar gulanya esok hari,  dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang makan lagi.

Bantu kirimkan berita ini ke semua kenalan anda yg ada masaalah diabetis dan darah tinggi.  Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh !selamat mencuba! 

Share... Buat apa disimpan tiada gunanya, lbh baik  bantu di share...


Link di Sini

Salam Aidil Adha 1440h

Tahun ni tak macam 8 tahun sebelum ini, Alhamdulillah tahun ni dapat balik beraya di kampung halaman di felda jengka 13. 

Sesungguhnya banyak hikmah yer kejadian menyayat hati ATASE pendidikan ke Perth tak jadi ni. Beraya dan bersama-sama dengan keluarga tercinta di kampung halaman, menghabiskan masa dengan anak-anak buah merupakan masa yang tak ternilai rasanya. 

Terima Kasih ALLAH diatas kurniaan yang telah di berikan. Kesempatan yang sebentar cuma ini, yang di pinjamkan untuk sementara di bumi ini. semoga terus di berkati dan dikurniakan keberkatan. 

aminnn 

-adios- 

Thursday 1 August 2019

Kejutan di Hari Jadi

Kejutan di Hari Jadi - Kejadian di Mempaga 

Manusia Melukai Dirinya

Manusia melukai dirinya:
- Dengan khayal dan lamunan
- Dengan memasuki penjara nafsunya
- Dengan menumpuk sampah di hatinya
- Dengan mengubur akal hatinya
- Dengan menegakkan kesombongannya
- Dengan merobohkan Hak Ketuhanan diganti keakuannya
- Dengan menipu diri sendiri
- Dengan menutup CahayaNya
- Dengan iri dengki

-DR KHM Luqman Hakim

Saya share dr org y share

Monday 15 July 2019

Thursday 27 June 2019

Tips Nak Beli Durian

Hah , sebelum balik nie , cikgu nak tanya sikit ,  sekarang musim durian ,  macam mana nak pilih yang bagus !

Mat Idui : Bapak saya kata tengok durinya cikgu , duri beso , isi sedap !

Mat Tikus : Tengok tangkeinya cikgu , kalau masih bergetah buah baru le tu , pilih tankei yang panjang cikgu , isi sedap !

Mat Ten : cikgu , cium cikgu ! cium ! kalau baunya kuat ...sedap le cikgu .

Mat Pengko : Tak de nya cikgu , cara paling betul , goncang buah tu , kalau bergego bunyinya , buah baik le tu .

Senah : Kalau ayah saya , dia tak tengok semua tu !

Cikgu : Habis dia tengok apa ?

Senah : Tengok duit , tak de duit cakap pun tak guna cikgu !


Hasil carian imej untuk durian

Wednesday 26 June 2019

Tazkirah Awal Semester

Ketahuilah... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian, dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka...
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan dunia yang fana ini.

Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu pula melihat jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, maka itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Manfaatkanlah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi.

Semoga bermanfaat ~

Friday 11 January 2019

January 2019

Ternyata hari demi hari, perasaan sedih tak dapat nak d bendung. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan aku sebenarnya. Tak sanggup untuk aku menyingkap helaian-helaian kenangan lama sejak tahun 2011 aku menapak dan membina kerjaya serta kehidupan di bumi Kuching, Di bumi kenyalang ini.

Siapa pun akan rasa seperti yang aku rasa. Ada orang meluahkan rasa sedih, rasa rindu, rasa tak dapat nak berpisah dan lain-lain rasa. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri aku untuk tidak merasakan diri ini terlalu "attached" dengan apa yang telah aku lalui. Aku bukan lah orang yang kuat untuk mengharungi saat-saat seperti ini.

Aku menjauhkan diri dari semua. Langkah aku berpindah ke Unit lain, tak lain dan tak bukan, untuk aku menjauhkan dan mengurangkan rasa rasa itu. sedikit sebanyak aku langkah aku nampak seperti berjaya pada aku.

Sebenarnya, selepas melepasi lima tahun berada d sini, aku tak rasa aku nak berpindah. Aku semakin selesa dan semakin merasakan aku punya tempat di sini, tapi apakan daya, aku sentiasa melihat kepada peluang-peluang yang ada. Aku nampak dan cuba "grab" peluang yang ada depan mata. Alahmdulillah, rezeki itu bukan tugas kita seorang hamba yang hina ini. Aku percaya kepada rezeki dan usaha yang telah aku buat.

Aku akan tetap merindui kuching. Kuching senantiasa ada tempat di hatiku.

Sunday 6 January 2019

Selamat Ngalih Tahun 2019

Diam tak diam, masa terus berlalu, Jam terus berdetik, nafas terus dihembus. Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran keHadratNYA diatas kesempatan yang di berikan dan dipinjamkan untuk terus menginjak kan kaki di bumi pinjaman ini.

Dengan rasminya dengan tahun baru ini, masa untuk aku pun semakin suntuk untuk berada di Politeknik Kuching Sarawak. Menyewa di Taman Yen Yen, Matang ini. tak sampai dua bulan aku akan meninggalkan bumi ini. Aku mula mengemaskan barang-barang secara kecil-kecilan. Tak awal sangat ke ? haaaa.... ini lah Amin kalau nak tahu. Pemalas punya orang. buat sehari satu barang di kemaskan. Perlu masa yang sangat lama untuk mengemaskan barang. ha ha ha ha

supaya tak terasa keletihan badan, supaya tak terasa untuk membuang secara semberono, aku buat secara perlahan-lahan. tak salah kan ? hehehehe.....

Terlalu banyak kenangan aku disini. rasa macam tak ada barang yang aku nak buang dan tinggalkan kat sini. setiap barang itu ada nostalgia nya tersendiri. setiap barang itu ada memorinya yang tersendiri. manakan tidak, aku berada d sini dah 7 tahun kot. what do u expect kan...

tak tahu mana nak mula, tak tahu mana punca nak meriahkan suasana dan kenangan aku kat sini. Entah macam mana masa depan aku kat sana nanti. Tapi, aku sentiasa positif, doakan perjalanan dan persiapan aku tenang dan lancar sahaja.

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...