Thursday, 27 April 2017

dinner AWPKS
















BMW i8...

BMW i8...
Kereta mewah terbaru Safiey Illias (23 tahun)
Dia tukar dengan Hummer & Audi..Tapi Ford Mustang masih ada...
Hebat betul!!!

Nasihat dia jika nak berjaya!!!!!
+ Tahan nafsu diri yang boros
+ Kena pandai menyimpan
+ Kena banyak bantu mak dan ayah, baru rezeki murah
+ Kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ Fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ Sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ Sentiasa kena sebut apa yang kita inginkan
+ Jangan mudah berputus asa (kalau berputus asa, cepat cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak berbisnes balik)
+ Jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ Maafkan kesalahan semua orang..

Thursday, 6 April 2017

CONTOH SITUASI TRANSAKSI PERBANKAN ISLAM

KES A

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, berapa harga motorsikal?

Abu: RM5000

Sudin: Aku bagi pinjam kepada kau RM5000 untuk kau beli motosikal, lepas tu kau bayar hutang aku dalam masa setahun sebanyak RM5200.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Pinjaman dengan Interest
Hukum: Haram

.............

KES B

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, motorsikal apa kau nak beli?

Abu: Motorsikal Honda EX5, harga RM5000

Sudin: Macam ni lah, aku akan beli motorsikal EX5 yang RM5000 tu, lepas tu aku jual kat kau dengan harga RM5200. Kau boleh bayar dalam masa setahun.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Bay' al-Murabahah li al-Amir bi al-Shira'
Hukum: Harus

(Rujuk fatwa-fatwa badan-badan fatwa dan fiqah dunia yang berkaliber, seperti Majma' Fiqh Islami, AAOIFI dan lain-lain).

................

Masih ada yang tidak dapat membezakan antara dua jenis transaksi di atas? Masih ada yang menyamakan jual beli yang dihalalkan Allah dengan riba yang diharamkan ALlah?