Alhamdulillah

Tuesday 28 October 2014

PB FD Rush tawar kadar lebih tinggi #PublicBank FDRush



 Public Bank
KEMPEN PB FD Rush kembali untuk memberi ganjaran kadar promosi lebih tinggi kepada pelanggan setia.

Dalam satu kenyataan media bank berkenaan berkata, kempen itu pertama kali dilancarkan Public Bank Berhad (PBB) pada Mac lalu dan kini dilancarkan semula oleh PBB dengan kerjasama Public Islamic Bank Berhad (PIBB) yang bermula 1 Oktober lalu hingga 30 November depan.

Ia terbuka kepada semua pelanggan  individu dan bukan individu PBB dan PIBB yang baharu dan sedia ada.

Menurut kenyataan itu,  penyertaan untuk kempen ini adalah amat mudah dan  pelanggan-pelanggan akan menikmati kadar faedah atau keuntungan promosi sebanyak 3.68 peratus setahun dengan meletakkan wang mereka di bank untuk tempoh jangka pendek selama 4 bulan.

Deposit Tetap Plus (DT Plus) dan Deposit Bertempoh-i (DB-i) ditawarkan sebagai produk yang layak di bawah Kempen ini. DT Plus adalah akaun Deposit Tetap Konvensional, manakala DB-i adalah Deposit Bertempoh Islam yang memberi pelanggan fleksibiliti untuk mengendalikan dana mereka bagi peletakan jangka pendek atau jangka panjang.

"Pelanggan individu dan bukan individu hanya perlu meletakkan minimum sebanyak RM50,000 untuk menikmati kadar promosi di bawah kempen ini, tertakluk pada peletakan maksimum sebanyak RM5 juta bagi individu dan RM20 juta untuk bukan individu.

"Kempen 'PB FD Rush' ini sebahagian usaha bank untuk menggalakkan simpanan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka menambah simpanan dalam Tempoh Kempen.

"Kami sentiasa adakan pelbagai kempen sebagai penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan dan kesetiaan mereka yang berterusan," menurut kenyataan itu.


SUMBER  

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...