Tuesday, 28 October 2014

Hong Leong Islamic Bank menang Anugerah Sukuk



Hong Leong Islamic Bank
HONG Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) diumumkan sebagai pemenang 'Best Sukuk Deal' 2014, yang merupakan sebahagian daripada Anugerah Kewangan Islam Dunia 2014 yang berlangsung di Dubai.
  
HLISB dalam satu kenyataan hari ini berkata pencalonannya adalah berasaskan pembabitannya sebagai Penasihat Utama Bersama dalam program rentas sempadan inovatif - Sukuk Wakalah - struktur Sukuk pertama seumpamanya di Malaysia, yang menggabungkan kontrak Wakalah dan Ijarah di bawah bidang kuasa berasingan.

Selain itu, proses korporat itu juga merupakan badan penerbit bukan kerajaan pertama berkaitan Saudi Corporate dalam pasaran Sukuk Malaysia.
  
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLISB Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata anugerah itu memperakui usaha mereka dalam mempromosi pertumbuhan transaksi Sukuk rentas sempadan.
  
Anugerah Kewangan Islam Global mengetengahkan amalan terbaik dalam kewangan dan perbankan Islam dan meraikan kejayaan institusi dan individu, dengan tumpuan kepada usaha mempromosi tanggungjawab sosial, kesahihan Syariah dan komitmen perbankan dan kewangan Islam.

Anugerah disampaikan pada Forum Ekonomi Islam Dunia, satu acara tahunan yang menghimpunkan pakar dan pengamal industri dari seluruh dunia. - Bernama


SUMBER

No comments:

Post a Comment