Alhamdulillah

Thursday 27 March 2014

Taklimat LI 2: Persediaan LI

Selamat petang dan salam sejahtera, Tuan/Puan/Cik.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa UPLI akan mengadakan Taklimat ke-2 (Persediaan LI) seperti butiran berikut:


        Tarikh          : 28 Mac 2014 (Jumaat)
        Tempat        :
  Dewan Jubli Perak (Dewan Serbaguna)
        Masa               : 2.00 petang - 5.00 petang

         
Kehadiran     : WAJIB BAGI PELAJAR YANG BAKAL MENJALANI LI SESI JUN 2014


Justeru, pihak kami memohon jasa baik Tuan/ Puan/ Cik untuk memaklumkan kepada pelajar di jabatan masing-masing berkenaan taklimat tersebut.
Berkenaan dengan Buku Jurnal Refleksi bagi LI Sesi Jun 2014 pula, pelajar dikehendaki untuk membeli pada harga RM13 seorang.
Memandangkan Buku Jurnal Refleksi telah siap dicetak, maka pelajar dikehendaki membuat pembayaran kepada UPLI selewat-lewatnya pada 27 Mac 2014 (Khamis), pukul 2.00 petang.

Segala kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Joshua Ribi
Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
Politeknik Kuching Sarawak

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...