Friday, 21 February 2014

BR1M

Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah dikreditkan ke dalam akaun penerima ??? Hurm,... ada orang cakap BR1M bukanlah penyelesaian kepada masalah kenaikan harga yang sedang mencengkam rakyat marhaen Malaysia pada ketika ini,...

Apapun siapa sahaja yang dapat BR1M tuh, Gunakanlah dengan cara yang betul dan berfaedah, Tadi Ameen balik dari Politeknik menuju ke Rumah jalan raya sesak tidak seperti biasa, Ingatkan gaji masuk awal, rupanya BR1M dah masuk ke dalam akaun penerima rupanya. Dan beginilah attitude rakyat malaysia yang akan terus berbelanja dengan wang yang diterima. Nampak gayanya tak capailah hasrat pemimpin negara yang mengatakan wang BR1M boleh tahan sehingga hujung tahun?

Kepada pelajar-pelajar saya, jika anda merupakan salah seorang penerima BR1M tu, Aplikasikanlah apa yang telah saya ajarkan dan kita kongsikan dalam pembelajaran. Semoga anda semua mendapat manfaat dan faedah yang baik dari mengamalkan @ mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.

-MAB-

No comments:

Post a Comment