Alhamdulillah

Monday 10 February 2014

Bank Islam sasar 20 peratus pertumbuhan



BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyasarkan pertambahan 20 peratus untuk aset pembiayaan pada tahun ini melalui segmen runcit.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam Khairul Kamarudin berkata, pertumbuhan segmen runcit itu melibatkan pembiayaan individu, perumahan dan gadai.

Menurutnya, selain runcit, pendapatan berasaskan yuran produk kad debit dan transaksi juga memberangsangkan.

“Jumlah deposit bank kini mencecah RM8 bilion,” katanya kepada media selepas mengumumkan pemenang Kempen Al-Awfar Impian Sepanjang Hayat anjuran bank itu di Petaling Jaya, semalam.

Khairul berkata, Bank Islam juga merancang untuk membuka cawangan di Kota Bharu dan beberapa lagi di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

"Bank Islam kini mempunyai 133 cawangan di seluruh negara dan kita akan membuka cawangan di Kota Bharu pada Februari ini,” katanya.

Pada majlis itu, Bank Islam mengumumkan pemenang utama kempen tersebut iaitu juruteknik dari Kedah, Mohd Suhaimi Abdullah, 53, yang menerima wang tunai RM1 juta manakala pemenang cabutan bulanan Al-Awfar yang ke-44, Salomah Md Yusof membawa pulang RM100,000.

Sejak pelancaran Akaun Simpanan Al- Awfar, seramai 6,103 pelanggan telah memenangi wang tunai dengan jumlah terkumpul RM10.92 juta.
Bank Islam sasar 20 peratus pertumbuhan
Sementara itu, Suhaimi berkata, kemenangan itu adalah hadiah paling berharga untuk beliau sekeluarga dan merancang untuk membawa ahli keluarganya menunaikan umrah.

“Saya hanya menyimpan RM8,000 di Bank Islam. Saya terkejut dengan kemenangan ini kerana tidak pernah terfikir akan memenangi wang sebanyak itu,” katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...