Monday, 6 January 2014

PERKARA: TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   SEMUA PELAJAR Jabatan Perdagangan tanpa terkecuali WAJIB berpakaian seperti berikut:

HARI PEMAKAIAN

ISNIN       Pakaian formal; Kemeja dan BERTALI LEHER (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)

SELASA        Baju Korporat JP

RABU      ‘T-Shirt’ JP / Polibriged / Kemeja (bagi lelaki) / pakaian sopan (bagi wanita)

KHAMIS        Kemeja (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)

JUMAAT  Baju Melayu Lengkap / Kemeja (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)

3. Sehubungan itu, pelajar Jabatan Perdagangan dikehendaki mematuhi peraturan Jabatan yang telah ditetapkan. Tiada lagi pakaian yang melanggar peraturan Jabatan Perdagangan khasnya dan Politeknik Kuching Sarawak, amnya.

4.   Tatacara pemakaian yang khusus bagi Pelajar Jabatan Perdagangan adalah untuk membiasakan para pelajar dengan etika berpakaian apabila bekerja kelak.

5. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada para pelajar yang gagal mematuhi tatacara pemakaian yang ditetapkan ini.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak

No comments:

Post a Comment