Alhamdulillah

Monday 13 January 2014

BNM harap MAMSB hapus kambing hitam industri




Bank Negara Malaysia


BANK Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau industri perkhidmatan kewangan dengan teliti dan mengharapkan Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) yang baru dilancarkan dapat menghapuskan "kambing hitam" dalam industri ini.
MAMSB
 
Timbalan Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata persatuan itu harus mempertimbangkan untuk melaksanakan proses pensijilan atau kelayakan pada masa akan datang, seperti mengendalikan peperiksaan kelayakan kemasukan bagi anggota-anggotanya.
 
"Kita berharap persatuan ini akan memainkan peranan proaktif untuk meningkatkan imej peserta industri melalui penguatkuasaan tata kelakuan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk membantu membanteras pemindahan wang dan kegiatan haram.
"Program latihan dan pembangunan yang disusun dengan sempurna akan menghasilkan tahap kelakuan profesional yang lebih tinggi dan memperkukuh benteng daripada berlakunya salah guna dan pelanggaran undang-undang," katanya dalam ucapannya sebelum pelancaran MAMSB di sini hari ini.
 
Muhammad berkata industri ini mestilah boleh beroperasi dengan pematuhan penuh kepada peraturan-peraturan yang dikenakan untuk membina keyakinan dan melindungi integriti sistem kewangan yang lebih luas.
 
Beliau berkata penggubalan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 telah mewujudkan keadaan yang boleh memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna dan menambah peluang perniagaan.
 
Akta itu juga bertujuan memperkukuh perlindungan daripada risiko pengubahan wang haram dan kegiatan-kegiatan haram yang lain, yang terhadapnya telah dikhususkan banyak sumber oleh BNM, termasuk proses pelesenan semula.
 
"Kami telah menilai semula sejumlah 839 syarikat pengurup wang dan penyedia perkhidmatan kiriman wang, dan mengeluarkan lesen-lesen baharu kepada yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.
 
"Proses pelesenan semula ini telah mengurangkan 365 lesen daripada 839 lesen yang dikeluarkan sebelumnya, berikutan pembatalan, penggabungan dan penyerahan sukarela lesen, atau peserta industri itu sendiri mengambil keputusan untuk bertukar menjadi ejen entiti yang lebih besar," katanya.
 
Bank pusat itu juga akan terus mengadakan lawatan ke perniagaan perkhidmatan wang untuk memantau pematuhan, dan setakat ini tindakan telah diambil terhadap lebih 180 entiti, termasuk pembatalan lesen, penyingkiran orang penting kerana kegagalan serius dalam mematuhi syarat-syarat kawal selia. - Bernama



SUMBER SINAR HARIAN
LAMAN WEB MAMSB

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...