Tuesday, 24 December 2013

Jalan pintas untuk menjadi seorang akauntan bertauliah

Jalan pintas untuk menjadi seorang akauntan bertauliah
bagi pelajar DAT 1 & DAT2 sesi Disember 2013

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS), satu-satunya politeknik yang menawarkan kursus ACCA untuk pelajar DAT yang sedang belajar di PKS. Pelajar
DAT boleh mengikuti kursus ACCA semasa pengajian mereka di PKS hasil daripada Perjanjian Persefahaman yang telah ditandatangani oleh Kerajaan
Malaysia (bagi pihak PKS) dengan Kolej Sunway Kuching pada 19 Mac 2013.

Keistimewaan mengikuti kursus ACCA semasa anda di PKS:
 Jimat kos.
 Jimat masa.
 Peluang pekerjaan terjamin. Anda akan disediakan tempat bekerja selepas tamat pengajian di PKS.
 Kelas diadakan di PKS dan tenaga pengajar yang berpengalaman dari Kolej Sunway Kuching.
 Sekiranya anda tidak mendapat kemudahan asrama, kami akan berusaha membantu anda.

Anda risau:
sebab masalah kewangan & tidak fasih berbahasa Inggeris?

Jangan risau, kerana:
 Anda boleh membayar yuran secara ansuran
 English Proficiency Course secara intensif akan diadakan mulai Januari 2014 untuk membantu anda

Untuk memulakan kelas, peserta seramai 10 - 15 orang pelajar diperlukan.

Bagi berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut,
sila datang ke pejabat Jabatan Perdagangan atau menghubungi Pn. Melissa Audrey Adriana Liu Abdullah (019-2726003).

No comments:

Post a Comment