Thursday, 24 November 2016

Phnom Penh

Perjalanan ke Bumi Kemboja Alhamdulillah di permudahkan dan diwarnai dengan setiap misi yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki walaupun menempuh beberapa rintangan. Rombongan dari gabungan Tiga kelab yang ada d politeknik Kuching Sarawak menampakkan hasil yang sungguh luar biasa. Kerjasama di kalangan pelajar gabungan tiga kelab ini sungguh mantap dan harus dipuji dan diberikan pengiktirafan. Tiga kelab yang dimaksudkan adalah
1. Community Caring Club (CCC) 
2. Commercially Club (CC) 
3. Kelab Perintis Keusahawanan (KPU) 

Kelab perintis keusahawanan memberikan fokus kepada usahasama yang dirancang bersama Preah Kossomak Polytechnic Institute, Phnom Penh dimana kedua-dua pihak bersetuju di dalam perancangan pertukaran maklumat dua hala berhubung dengan keusahawanan, Program pertukaran pelajar, Program Latihan Staff bersama, Sukan Rakyat, juga kebudayaan diselitkan di dalam persetujuan tersebut. 

Alhamdulillah perjalanan menuju ke PPI berjalan dengan lancar diketuai oleh Penolong Unit Keusahawanan, En Haniz diiringi putera putera kacak unit keusahawanan The Tripple A (Amin, Aril and Azrin). Nasib baik putera kacak dapat mententeramkan keadaan dan halangan bahasa yang merupakan cabaran terbesar sepanjang kami berada di Phnom Penh ini. Bukan nak merendahkan, cuma nak bagi tahu Pelajar PKS lebih bagus Englishnya berbanding dengan pelajar2 di sini. 

Secara jujur ikhlas dari hati yang suci tidak ada debu kotor ini, berat untuk menyatakan kalah diberi kesempatan atau pilihan nak datang lagi ke sini, Amden akan katakan TIDAK. Cukup dengan pengalaman yang kami dapat di sini. Amden bukan kah rajin sangat nak hupdate itinerari, so, jangan tanya...... sebab kalah ditanya, kondom tidak akan dilayan...... 

Sedikit Gambar buat tontonan mereka yang tidak datang bersama..... 

En Haniz Selaku Penolong Unit Keusahawanan menyampaikan sumbangan yang di bawa oleh kumpulan sukarelawan dari Malaysia. Di serahkan kepada Ustaz Abdullah, Juga merupakan seorang Qari Wakil Kemboja ke pertandingan Musabaqah peringkat Antarabangsa di Malaysia, Ma Sya Allah, Bacaan dan alunan suara merdu beliau sungguh menusuk ke kalbu. 

Sukarelawan bersama Pelajar Muslimah Madrasah Al-Rahmah

Sebelum Berangkat Pulang, Kami Sukarelawan sempat bersalaman bersama dengan anak-anak Madrasah Al-rahmah, Chroy Changva, Phnom Penh 

Gambar ini dikirimkan oleh Ustaaz Abdullah setelah kami sampai di Malaysia. Barang-barang sumbangan diagihkan oleh pihak pengurusan Madrasah kepada anak-anak yang sungguh comel ini

Tergambar kegembiraan mereka menerima sumbangan 

yeay,... Dapat juga.... 

No comments:

Post a Comment