Sunday, 1 February 2015

Airmata

Meh kita nangis sesama.....



Bingkisan akhir seorang anak lukemia berusia 13 tahun

Ibu, 
akak nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas dosa dosa akak pada ibu sepanjang 13tahun ibu jaga akak..

Maafkan akak sebab byk menyusahkan ibu untuk menjaga dan melayan kerenah akak yg sakit ni.Akak mintak maaf sebab akak dah tak boleh nak jaga adik adik-Ilham dgn syukri macam akak yg lain..nanti akak mesti rindukan adik adik.

Ibu,
Akak rasa akak dah tak larat lagi..akak rasa sakit sangat bila buat kimo tu..mata akak dah tak nampak nak tgk mata redup ibu lagi..badan akak dah rasa panas dan pedih sangat.

Ibu,
Akak dah rasakan yg tuhan dah nak ambik akak dari ibu...akak takutlah ibu, takut sgt sgt sebab sejak ibu lahirkan akak ibu tak pernah tinggalkan akak sorang sorang..akak takut..betul ke kalau kita mati nanti ibu kena tinggalkan akak sorang sorang dekat kubur tu?.ibu kena tanam akak ke?

Ibu ,
Kalau akak dah mati boleh ke kalau ibu tak tanam akak dan tinggalkan akak dekat kubur tu sorang sorang..
Lagi satu ibu tolong pesan kat ayah, akak jugak nak ucap terima kasih pada dia sebab akak tetap anak dia walaupun ayah tak pernah nak jenguk kita sekeluarga lagi..lepas ayah kahwin lain dgn makcik. Tlg pesan kat ayah akak mintak maaf jugak sebab akak byk menyusahkan ayah sebab akak sakit.

Ibu,
Tlg pesan pada kawan skolah akak..sakinah dgn asyikin ..klu akak dah mati nanti jgn sedih tau, suruh diorang belajar rajin rajin jadi ustazah macam yang diorang cita cita tu supaya diorang boleh doakan yang baik baik untuk akak nanti..

Ibu,
Tolong jaga dan besarkan adik adik , Ilham dgn syukri baik baik  sampai diorg berjaya dan sentiasa bela ibu dan ingat berdoa untuk akak bila akak takder nanti tau.

Ibu , surat akak ni ibu simpan baik baik sebab akak takut nanti ibu lupa pada akak bila akak dah mati nanti..nanti akak sedih sangat.

Tapi ibu jangan sedih sedih tau sebab ibu cakap kalau kita mati Allah jaga kita kat sana, dan akak akan tunggu ibu dan adik adik kat rumah Allah sampai ibu dan adik adik datang yer..kita boleh berkumpul sekeluarga balik sama dengan ayah sekali yer.

Ibu, akak dah tak larat..akak nak tidur dan rehat dulu..tapi akak takut nanti akak dah tak bangun lagi nak rasa ibu belai rambut akak yg dah botak ni dan lap badan akak lagi macam pagi pagi sebelum ni..

Sebelum akak nak tidur ni akak nak berdoa pada Allah , mintak Allah ambik akak malam ni dengan pelan pelan takut nanti akak rasa sakit sebab akak pernah dengar kalau Allah nak ambik nyawa kita , kita akan rasa sakit sangat..betul ke ibu?

Akak jugak nak mintak doa supaya ibu dan adik adik sentiasa bahagia dan jgn sekalipun lupakan akak yer.

Ibu,
Maafkan akak lagi..akak dah tak boleh nak jaga ibu lagi bila akak besar nanti sebab akak dah tak boleh nak besar lagi ..umur akak sampai takat ni jer..Allah dah nak datang ambik akak..akak dah mungkir janji dengan ibu, sebab akak kata bila akak besar akak nak belikan ibu kereta besar dan rumah besar yg ada swimming pool..

Selamat malam ibu..dan selamat tinggal ibu dan adik adik kalau akak dah tak bangun lagi esok pagi..

Akak sedih sangat nak tinggalkan ibu ni....tapi akak dah tak kuat ibu...


Ibu..................
Assalamualaikum.


Nurul Fatihah Kamarudin - hospital kuantan


#adik nurul telah kembali kerahmatullah pada jam 2.50pagi keesokkannya seperti yang dia jangkakan dan surat ini dijumpai ibunya dalam lipatan selimut arwah  -
Al-fatihah

No comments:

Post a Comment