Alhamdulillah

Wednesday 12 November 2014

Permohonan Secara 'Walk-In' Ke Politeknik Kuching Sarawak Bagi Pengajian Sesi Disember 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Kuching Sarawak sedang membuka permohonan secara 'Walk-In' untuk program-program Kejuruteraan dan Teknologi bagi kemasukan Sesi Disember 2014. Permohonan secara walk-in ini adalah dibuka kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti, lepasan Institut Kemahiran Awam Malaysia (ILKA) serta lepasan Sijil Matrikulasi yang berkelayakan (memenuhi syarat minimum kemasukan).
Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Diploma Geomatik
  2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  3. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  4. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automottif)
SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan minimum adalah seperti berikut:
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
a) Program Kejuruteraan
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
    • Lulus Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Mendapat TIGA (3) KEPUJIAN bagi mata pelajaran berikut termasuk;
      • Matematik atau Matematik Tambahan
      • SATU (1) mata pelajaran berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional
      • SATU (1) mata pelajaran lain
Lepasan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti / Institut Latihan Kemahiran Awam
Telah menamatkan pengajian dan memenuhi kelulusan minima bagi program-program Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan. Syarat kemasukan terperinci boleh dirujuk di www.politeknik.edu.my
KAEDAH PERMOHONAN
  • Calon-calon yang berminat boleh memuat turun BORANG PERMOHONAN MANUAL.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke POLITEKNIK MUKAH dengan kadar SEGERA bersama-sama dokumen berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
  • Salinan SPM / Transkrip & Sijil Politeknik / Kolej Komuniti / ILKA / Matrikulasi yang telah disahkan
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah yang telah disahkan
Borang Permohonan dan dokumen boleh dikembalikan terus ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kuching Sarawak atau melalui pos ke alamat berikut:
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM22, Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak.
(UP: Saripah Siti Zuliani Bt. Wan  Abd. Rahman)
Sebagai alternatif, penghantaran borang dan dokumen melalui nombor faks 082-845023 atau e-mel kepada  siti.zuliani@poliku.edu.my juga diterima.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan secara 'Walk-In' boleh dikemukan terus kepada:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK,
KM22, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK
Tel : 082-845596 Faks : 082-845023

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...