2. SEMUA PELAJAR Jabatan Perdagangan tanpa terkecuali WAJIB berpakaian seperti berikut:
HARI PEMAKAIAN
ISNIN Pakaian formal; Kemeja dan BERTALI LEHER (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)
SELASA Baju Korporat JP
RABU ‘T-Shirt’ JP / Polibriged / Kemeja (bagi lelaki) / pakaian sopan (bagi wanita)
KHAMIS Kemeja (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)
JUMAAT Baju Melayu Lengkap / Kemeja (bagi lelaki) dan pakaian sopan (bagi wanita)
3. Sehubungan itu, pelajar Jabatan Perdagangan dikehendaki mematuhi peraturan Jabatan yang telah ditetapkan. Tiada lagi pakaian yang melanggar peraturan Jabatan Perdagangan khasnya dan Politeknik Kuching Sarawak, amnya.
4. Tatacara pemakaian yang khusus bagi Pelajar Jabatan Perdagangan adalah untuk membiasakan para pelajar dengan etika berpakaian apabila bekerja kelak.
5. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada para pelajar yang gagal mematuhi tatacara pemakaian yang ditetapkan ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak
No comments:
Post a Comment