Alhamdulillah

Monday, 27 January 2014

Ekonomi Islam vs Ekonomi Kapitalis

Ekonomi Islam vs Ekonomi Kapitalis

HARI ini, harga barangan keperluan yang menjadi kegunaan seharian masyarakat di negara kita melambung tinggi sehingga boleh dikatakan masyarakat terbeban dengan situasi ini.

Ternyata kita gagal mencapai keseimbangan ekonomi dan merapatkan jurang antara kaya dan miskin, malah ia semakin membesar. Kegagalan ini hakikatnya adalah hasil daripada sistem kapitalisme yang penuh dengan kepincangan dan kesalahan. Sistem ciptaan manusia ini ternyata gagal memberi kesejahteraan kepada umat, malah jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

Ekonomi Islam itu menyeluruh

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman, berkata sistem ekonomi Islam adalah mengikut panduan daripada ALLAH Yang Maha Mengetahui. Ia merangkumi seluruh aspek aktiviti perekonomian manusia.

"Namun, sebahagian besar daripada kita hanya mengaitkan sistem ekonomi Islam dengan zakat.

Bahkan tidak kurang juga ada, atas sebab kejahilan, yang berpandangan, bagaimana mungkin zakat (yang dalam pandangan mereka adalah sistem ekonomi Islam) yang hanya 2.5 peratus itu dapat bertindak sebagai pemacu perkembangan ekonomi umat?

"Harus difahami sistem ekonomi Islam bukanlah hanya zakat, bahkan meliputi seluruh aktiviti, ekonomi termasuk pengaturan pemilikan dan pengelolaan serta pengagihan kekayaan yang jelas dan manusiawi.

Setiap negara Islam, termasuk kafir zimmi memperoleh hak asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tidak akan ada diskriminasi dan pilih kasih. Perintah ALLAH SWT diterapkan sepenuhnya demi memperoleh keredaan-Nya," katanya kepada Halaqah.

Menurutnya, sesungguhnya kesejahteraan umat sudah pasti terlaksana jika Islam ditegakkan di tengah kehidupan. Terlalu banyak contoh yang boleh dilihat di sepanjang sejarah kekhilafahan Islam bagaimana penerapan sistem ekonomi Islam menjadikan rakyat hidup dengan penuh kesejahteraan.

Tidak akan dapat dilihat kebaikan hakiki tanpa Islam dan tidak akan dapat dirasai Islam secara syumul tanpa penerapannya yang kaffah.

Dimonopoli  syarikat gergasi

Pernah berlaku suatu ketika di mana terdapat sejumlah penduduk di Afrika mengalami kebuluran yang serius, pada masa yang sama pengeluar gandum di Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan stok gandum mereka hanya semata-mata disebabkan berlakunya penurunan harga gandum di AS pada ketika itu.

Terdapat juga sesetengah pengeluar barangan tertentu dimonopoli sepenuhnya sesetengah syarikat gergasi dunia sehinggakan merekalah satu-satunya entiti yang mempunyai kuasa untuk menetapkan harga barangan tersebut.

Sekiranya terdapat pesaing lain yang berupaya untuk mengeluarkan produk yang mempunyai kualiti yang hampir sama, maka syarikat gergasi tersebut terpaksa menurunkan harga mereka dan mereka tidak lagi dapat menetapkan harga sewenang-wenangnya.

Inilah sistem kapitalis yang sekali-kali tidak berupaya untuk menghasilkan sistem pengagihan yang cekap dalam mengagihkan barangan kepada seluruh penduduk dunia yang memerlukannya.

Disebabkan sistem kapitalis ini hanya mengutamakan keuntungan material tanpa mengira faktor kemanusiaan (humanitarian), maka kerosakan demi kerosakan terus dihasilkan oleh sistem ini saban hari.

Dunia pada hari ini memerlukan sistem ekonomi Islam yang benar  untuk menyelesaikan seluruh keperluan ekonomi manusia.
halal dan dihalalkan

Ustaz Abdul Hakim berkata, asas kepada sistem ekonomi itu perlu dilihat dalam konteks Islam kerana ia meliputi persoalan kepemilikan, pengelolaan kepemilikan dan pengagihan kekayaan di tengah masyarakat.

“Jadikan isu kepemilikan sebagai contoh, banyak harta cuba diswastakan. Harta yang sewajibnya menjadi milik awam seperti minyak, air dan elektrik dihadiahkan kepada individu atas nama penswastaan.

“Praktik ini bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Manusia itu bersyarikat (bersekutu) dalam tiga perkara (iaitu) air, padang ragut dan api”
(Riwayat Abu Daud & Ahmad)

Kekayaan atau keuntungan yang diperoleh hasil kegiatan berasaskan riba dan judi sudah dianggap biasa dan mendarah daging bagi golongan  pemimpin yang mahukan kemewahan dan berkuasa.

Segelintir masyarakat hari ini semakin alpa dengan peringatan ALLAH dan rasul-Nya sedangkan dengan cukup tegas Rasulullah SAW melaknat golongan yang terlibat dengan riba," katanya.

Beliau menambah dengan menyarankan, dalam sistem ekonomi kapitalis yang ada pada hari ini, semua perkara berkenaan menjadi halal dan dihalalkan oleh pemerintah, jika ia membawa keuntungan kepada mereka tanpa melihat pertimbangan dosa dan pahala serta syurga dan neraka.

Untuk itu sebagai seorang Muslim sewajarnya tidak melihat hanya kepada persoalan kesejahteraan semata-mata dengan mengetepikan persoalan reda dan murka ALLAH, sebaliknya renungkanlah dengan sedalam penelitian

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...