MITOS TENTANG LARIAN/JOGGING UNTUK MEREKA YANG BARU NAK BERMULA
Sukan larian semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Event pun makin banyak tak macam dulu. Tapi saya perasan ada beberapa salah faham tentang sukan ini sendiri
1. Berlari ni kena laju. Saya tak boleh lari laju
Kita kena beza antara berlari atau berjogging dengan lari pecut. Yang kita nampak lari macam pelesit tu lari pecut, kalau mula berlari tak perlu laju macam usain bolt, laju macam mo farah pun tak payah, cuba mulakan dengan berjalan kemudian cepatkan sedikit langkah. Ha! dah lari lah tu
2. Saya tak mampu lari tanpa henti. Saya lari sekejap lepas tu berhenti.
Ok lah tu, percaya tak orang yang lari full marathon (42km) atau ultramarathon (50-100km) but sekejap berlari sekejap berjalan. Tak pernah jadi berdosa kalau anda selang lari dengan jalan. Siap ada nama lagi teknik ni. Kita panggil teknik Josh Galloway. Jangan tak percaya ada orang pernah menang event marathon guna teknik ni.
3. Saya lari sikit je dah tercunggap-cunggap
Itu tandanya anda lari terlalu laju. Lari dalam keadaan anda boleh bersembang dengan kawan sebelah. Kalau anda rasa tercunggap-cunggap perlahankan kelajuan.
4. Macam mana lah saya nak masuk 5km? 500m pun saya tak mampu nak lari.
Untuk permulaan lupakan jarak ini semua. Kalau nampak orang lain tunjuk dia lari jauh-jauh pedulikan semua itu. Mulakan dengan jumlah masa. Minggu ini saya dapat lari sebanyak 30 minit, 2 minggu lagi saya dapat lari 45 minit. Jarak itu akan datang sendiri bila stamina anda meningkat
5. Saya tak mampu nak beli jam lari gps mahal-mahal macam semua orang.
Untuk orang yang baru berlari jam gps adalah satu kemewahan berbanding keperluan. Jam beli dekat pasar malam pun dah cukup untuk dah berapa lama anda dah lari. Lepas itu pastikan anda lari tak tercunggap-cunggap. Cukuplah tu
6. Saya tengok semua beli kasut canggih-canggih. Saya beli kasut murah waktu diskaun ok ke?
Ok sangat. Kasut yang sesuai bukanlah kasut yang mahal tetapi kasut yang sesuai dengan kaki anda. Kasut yang mahal tapi masih menyebabkan kecederaan pun tak berguna juga. Lagi satu dah ada kasut, stokin, seluar dan baju lari mahal bukan bermakna anda terlepas dalam melecet dan lelasan di lipatan, kalau ini selalu berlaku sapukan vaseline di bahagian tersebut sebelum berlari.
7. Saya gemuk/ tua. Saya tak mampu lari. Orang kurus/muda bolehlah lari. Diorang kuat stamina
Saya banyak kali berlari dan tiba-tiba ada orang yang badan lagi besar atau ada uncle/auntie yang lagi tua potong saya. Yakin dengan diri sendiri. Stamina itu boleh dilatih. Tapi kalau orang tua yang ada kencing manis/darah tinggi kena periksa dulu dengan doktor, kena pastikan janting tiada masalah sebelum berlari.
Ini dulu saya sertakan. Untuk kebanyakan masyarakat, kita mula berlari asalnya adalah untuk kesihatan jadi tak perlu kita disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Larian yang sihat adalah larian dalam kadar yang sederhana tanpa risiko kecederaan. Nanti bila dah lama berlari anda nak cari keseronokan lain pula seperti pace/endurance. Itu cerita lain pula.
Nikmatilah larian anda seadanya. Pastikan anda sentiasa sihat dan elakkan kecederaan.
Dr Fadly Khairie
Marathoner anda
Doktor Kesihatan Awam
Medical Mythbusters Malaysia
Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...
No comments:
Post a Comment