Alhamdulillah
Thursday, 28 December 2017
NGO Pendidik lancar kutipan dana pembiayaan kos guaman Ustaz Adib
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melancarkan kutipan dana bagi membantu seorang guru KAFA(Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) ,Al-Fadhil Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim Yahaya,23 tahun yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 ,Isnin baru -baru ini.
Ustaz Muhammad Adib ,23 tahun adalah lulusan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS ) dan mengikuti jurusan Pendidikan Islam serta berkhidmat sebagai guru KAFA selama 3 tahun sebelum ini.
Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang buat kali yang ke 5 pada 26 Disember lalu dan perbicaraan kes beliau telah bersambung pada 6 dan 7 Februari 2018 tahun hadapan.
Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim Yahaya ,23 tahun merupakan guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,dalam kawasan Hulu Langat yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 ,atas tuduhan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan.
Kronologi peristiwa ini melibatkan 4 orang pelajar yang berumur 11 tahun di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,Hulu Langat Selangor pada 17 Ogos 2017 lalu.
Sudah menjadi kelaziman di sekolah agama,memang tiba waktu solat berjamaah,semua pelajar akan dikehendaki ke surau sekolah untuk menunaikan solat.
Malangnya 4 orang pelajar ini bermain dan menyorok sehingga beberapa kali diingatkan namun mereka enggan dan melengah-lengahkan sehingga akhirnya dirotan di bahagian kaki oleh Ustaz Adib sebagai hukuman untuk mendisiplinkan pelajar.
Ustaz Muhammad Adib dibicarakan bermula 27 September 2017 lalu dan kes ini telah berpanjangan sehingga perbicaraan bertarikh 6 dan 7 Februari 2018.
Perbicaraan pada 26 Disember 2017 yang lalu adalah kali ke 5 di mana Ustaz Muhammad Adib dihadapkan ke mahkamah dan Hakim Mahkamah Majistret Kajang telah menetapkan tarikh perbicaraan akan disambung semula pada 6 dan 7 Februari 2018(selama 2 hari) untuk perbicaraan seterusnya.
Apa yang paling menyedihkan,Ustaz Muhammad Adib ini bukan merasai pengalaman digari sahaja malahan telah ditahan reman dan masuk lokap selama 5 hari bersama-sama pesalah lain yang terlibat dalam kes jenayah lain seperti penyalahgunaan dadah,kes mencuri dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain lagi.
Lebih mengharukan lagi ,beliau sebelum ini telah diikat jamin oleh ibu bapanya sendiri yang hadir ke balai polis sebanyak RM2500 setelah Ustaz Adib ditahan lokap selama 5 hari.
Pasangan suami isteri tabah ini,En.Abd.Halim Yahaya dan Puan Noraini Binti Samli memiliki 6 orang cahayamata dan berniaga secara kecil-kecilan menjual nasi lemak di food court di salah sebuah bangunan di ibu kota untuk menyara pendapatan keluarga.
Ustaz Adib merupakan anak ke 4 dan dua orang adik Ustaz Muhammad Adib masih bersekolah lagi dan yang bongsu masih berada di tingkatan 5.
"Namun,apa yang mengharukan kami dari NGO Pendidik adalah kedua ibu bapanya begitu tenang dan hadir memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi dan mencari peguam untuk anaknya bagi mendapat pembelaan sejak 27 September 2017 lalu" kata Normala Sudirman,Presiden Pendidik.
NGO Pendidik percaya tidak ramai yang tahu kes Ustaz Muhammad Adib ini sehinggalah kes Cikgu Azizan Manap yang telah dihadapkan di Mahkamah Seremban tular di media sosial.
Sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi maka NGO Pendidik telah melancarkan Dana Untuk Ustaz Adib bagi meringankan beban .
Ketika perbicaraan di mahkamah,Ustaz Muhammad Adib diwakili oleh Peguam iaitu Ahmad Azim Daniel Gurpreet Bin Abdullah.
Warga pendidik serta para asatizah seluruh Malaysia yang prihatin,para ibu bapa ,tokoh pendidikan ,warga PIBG , NGO Pendidikan serta para dermawan yang budiman diseru agar sudi menghulurkan sumbangan agar dapat meringankan beban.
Hulurkan sumbangan kewangan terus ke akaun Bank Islam:
14210020129904
atas nama Muhammad Adib Bin Abd. Halim Yahaya.
Beliau boleh dihubungi di talian:
014- 5073438.
Semoga segala keprihatinan para dermawan yang budiman ini ada nilaian di sisi ALLAH SWT dan menjadi Saham Akhirat buat kita semua..Semoga berbahagia di dunia dan di Akhirat"kata Normala lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...
No comments:
Post a Comment