Dah agak lama rasanya aku tak menulis. dah hilang skill kot bila dah lama sangat tak menulis. Selama enam tahun lebih aku lebih menumpukan masa untuk proses Pembelajaran dan Pengajaran dalam Kelas (PdP).
Ingin pulak rasanya nak nukilkan apa yang telah aku lalui seusai aku tamat pengajian. Pengenalan awal, aku bukanlah pelajar cemerlang pun masa SPM dan STAM. Result au biasa-biasa jer dan aku kelaskan diri aku sebagai average jer. SPM dengan 2A, STAM sekadar Jayyid sahaja. Rasanya kalau zaman sekarang ni dapat tak nak sambung degree ? hehehe sendiri fikir lah yer.
Aku tak menafikan rezeki tuhan dan berkat doa ibu itu sentiasa mengiringi aku. Alhamdulillah aku bersyukur, teramat bersyukur dengan kesempatan dan peluang yang tiba secara tidak di duga. Aku mohon UPU tahun 2004. masa tu permohonan dah online kot. tapi ada buku panduan yang besar gedabaq. Kena beli dah kena baca satu persatu program yang ditawarkan oleh semua Universiti awam. so, prosesnya manual la kot.
Hari keputusan diumumkan, aku terkejut beruk kot (Opocot) sebab di tawarkan kursus Sarjana Muda Kewangan dan perbankan Islam dengan Kepujian kat UUM. Seingat akal waras aku ni, kursus ini tak ada pun dalam senarai yang aku mohon dan aku semak sekali lagi, memang tak ada pun kursus ni dalam buku panduan permohonan UPU yang aku beli tu. So, wat do no jerlah... family pun dah happy aku dapat tawaran, dan dah memulakan persiapan nak hatar ke Sintok Kedah Sana.
Dipendekkan cerita, aku Extend sem, Kawan-kawan aku yang power-power punya study, habis on time (6 semester) dan aku yang tak power ni extend satu sem. Terakhir sekali aku pilih praktikum selama empat bulan (Ada option untuk ambil dua paper lain kalau tak nak praktikum). Sebabnya, tak pernah terfikir aku akan jadi ahli akademik atau berkecimpung di bidang akademik ni. so, buat praktikum adalah yang terbaik aku rasa untuk kutip pengalaman dalam dunia perbankan.
Nak dijadikan cerita, aku follow saranan pegawai-pegawai dan pensyarah aku masa aku sem 7 kat UUM. katanya masa praktikal dah boleh mula cari kerja. Yes, aku memulakan job hunting aku seawal bulan pertama aku memulakan sessi praktikum. macam-maca cara aku buat utk job hunting tu, antaranya, hantar resume ke semua company yang aku rasa aku nak berdasarkan iklan dalam surat khabar.
Aku pergi semua job fair yang ada dan drop resume kat semua company yang aku rasa aku minat. Aku buka semua website bank yang ada dan hantar resume kat situ. Masa tu banyak juga pnaggilan temuduga yang aku dapat, tapi lepas aku cakap aku masih praktikum, tak ada yang nak tunggu sebabnya dorang nak pakai pekerja secepat mungkin. tapi tak apalah aku tahulah macam mana prosedur dan sebenarnya aku juga mempunyai permintaan di pasaran kerja yang ada.
Ada beberapa Bank yang panggil aku interview dan yang paling aku ingat, aku d panggil untuk hadir temuduga Public Bank. Terima Kasih kakak supervisor kat Agro bank Pandan Indah yang membenarkan aku untuk skip sekejap kerja dan pergi interview Public Bank kat jalan Yap Kwan Seng. Aku pergi sana tak meletakkan harapan yang tinggi pun sebab aku sendiri sedar aku belum habis belajar dan dari pengalaman company yang sebelum-sebelum ni, dorang tak nak tunggu.
Alhamdulillah aku diterima bekerja dan Public bank sanggup tunggu aku hbs praktikum dan tarikh lapor diri juga boleh dibincang. so, aku lapor diri kat public bank seminggu selepas aku habis praktikum dan Public Bank bersedia menunggu dokumen degree aku. Rezeki ada d mana-mana, adakah aku terlalu bernasib baik? aku rasa tak juga, mungkin aku persistence dan tak jemu mencari kerja.
Kadang-kadang pelik juga, aku share pengalaman aku mencari kerja kat student aku. Tapi dorang buat macam tak tahu dan seolah-olah cara aku tak akan berkesan dengan dorang. Hurmm itulah experience sharing dalam kelas, tak semestinya student akan ambil bulat-bulat kan ? Student tetap student. Cara pemikiran dan matlamat setiap orang tak sama, cuma mungkin yang membezakan keazaman setiap student untuk mengubah kehidupan sendiri.
Jujur aku katakan, aku tak pernah hirau pasal gaji. Yang penting aku kerja, kehidupan dengan kawan-kawan kat KL, dengan tak kisah pun tidur berhimpit-himpit dan betukar jenis kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja. Semua yang aku lalui membawa kepada diri aku yang sekarang.
sesetangah graduan sekarang ni, belum apa-apa lagi dah berkira soal gaji. kenapa agaknya eh? mungkin dari pemerhatian aku seorang pensyarah pelajar sekarang, gaya hidup yang "Hipster" ini yang membunuh pelajar sekarang. Tepuk dada tanya selera lah kawan-kawan.
Alhamdulillah
Saturday, 30 December 2017
Thursday, 28 December 2017
NGO Pendidik lancar kutipan dana pembiayaan kos guaman Ustaz Adib
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melancarkan kutipan dana bagi membantu seorang guru KAFA(Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) ,Al-Fadhil Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim Yahaya,23 tahun yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 ,Isnin baru -baru ini.
Ustaz Muhammad Adib ,23 tahun adalah lulusan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS ) dan mengikuti jurusan Pendidikan Islam serta berkhidmat sebagai guru KAFA selama 3 tahun sebelum ini.
Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang buat kali yang ke 5 pada 26 Disember lalu dan perbicaraan kes beliau telah bersambung pada 6 dan 7 Februari 2018 tahun hadapan.
Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim Yahaya ,23 tahun merupakan guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,dalam kawasan Hulu Langat yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember 2017 ,atas tuduhan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan.
Kronologi peristiwa ini melibatkan 4 orang pelajar yang berumur 11 tahun di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra ,Hulu Langat Selangor pada 17 Ogos 2017 lalu.
Sudah menjadi kelaziman di sekolah agama,memang tiba waktu solat berjamaah,semua pelajar akan dikehendaki ke surau sekolah untuk menunaikan solat.
Malangnya 4 orang pelajar ini bermain dan menyorok sehingga beberapa kali diingatkan namun mereka enggan dan melengah-lengahkan sehingga akhirnya dirotan di bahagian kaki oleh Ustaz Adib sebagai hukuman untuk mendisiplinkan pelajar.
Ustaz Muhammad Adib dibicarakan bermula 27 September 2017 lalu dan kes ini telah berpanjangan sehingga perbicaraan bertarikh 6 dan 7 Februari 2018.
Perbicaraan pada 26 Disember 2017 yang lalu adalah kali ke 5 di mana Ustaz Muhammad Adib dihadapkan ke mahkamah dan Hakim Mahkamah Majistret Kajang telah menetapkan tarikh perbicaraan akan disambung semula pada 6 dan 7 Februari 2018(selama 2 hari) untuk perbicaraan seterusnya.
Apa yang paling menyedihkan,Ustaz Muhammad Adib ini bukan merasai pengalaman digari sahaja malahan telah ditahan reman dan masuk lokap selama 5 hari bersama-sama pesalah lain yang terlibat dalam kes jenayah lain seperti penyalahgunaan dadah,kes mencuri dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain lagi.
Lebih mengharukan lagi ,beliau sebelum ini telah diikat jamin oleh ibu bapanya sendiri yang hadir ke balai polis sebanyak RM2500 setelah Ustaz Adib ditahan lokap selama 5 hari.
Pasangan suami isteri tabah ini,En.Abd.Halim Yahaya dan Puan Noraini Binti Samli memiliki 6 orang cahayamata dan berniaga secara kecil-kecilan menjual nasi lemak di food court di salah sebuah bangunan di ibu kota untuk menyara pendapatan keluarga.
Ustaz Adib merupakan anak ke 4 dan dua orang adik Ustaz Muhammad Adib masih bersekolah lagi dan yang bongsu masih berada di tingkatan 5.
"Namun,apa yang mengharukan kami dari NGO Pendidik adalah kedua ibu bapanya begitu tenang dan hadir memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi dan mencari peguam untuk anaknya bagi mendapat pembelaan sejak 27 September 2017 lalu" kata Normala Sudirman,Presiden Pendidik.
NGO Pendidik percaya tidak ramai yang tahu kes Ustaz Muhammad Adib ini sehinggalah kes Cikgu Azizan Manap yang telah dihadapkan di Mahkamah Seremban tular di media sosial.
Sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi maka NGO Pendidik telah melancarkan Dana Untuk Ustaz Adib bagi meringankan beban .
Ketika perbicaraan di mahkamah,Ustaz Muhammad Adib diwakili oleh Peguam iaitu Ahmad Azim Daniel Gurpreet Bin Abdullah.
Warga pendidik serta para asatizah seluruh Malaysia yang prihatin,para ibu bapa ,tokoh pendidikan ,warga PIBG , NGO Pendidikan serta para dermawan yang budiman diseru agar sudi menghulurkan sumbangan agar dapat meringankan beban.
Hulurkan sumbangan kewangan terus ke akaun Bank Islam:
14210020129904
atas nama Muhammad Adib Bin Abd. Halim Yahaya.
Beliau boleh dihubungi di talian:
014- 5073438.
Semoga segala keprihatinan para dermawan yang budiman ini ada nilaian di sisi ALLAH SWT dan menjadi Saham Akhirat buat kita semua..Semoga berbahagia di dunia dan di Akhirat"kata Normala lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...