Perkongsian yang cukup indah..
Mengembalikan kehebatan umat
K E U N T U N G A N
B E R B A I K S A N G K A
DOA IBU
AIRMATA IBU
FIKIR IBU
Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.
Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil..
Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.
Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..
Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa puan.. InsyaAllah dia akan jadi orang hebat... Allah baik. Maha Penyayang. Allah suka sangkaan yang baik....
InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat.
Macam tu yer ustaz?
Yer! puan tukar sangkaan dan doa pada dia. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik, itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.
Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya. Akan tetapi beliau sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang, seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.
Dengan sangkaan dan harapan yang baik, barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut, bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak.
Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.
Selepas beberapa minggu, dia datang dan dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah.
Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...
Saya ingat emak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau. Bila kau jaga agama walaupun siang malam kena hina, misti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.
Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..
Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal, itu tandanya mereka bakal Daie besar..
Jika anak asyik bercakap tak berhenti, itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...
Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang, itu kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
Anak kuat menangis, insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang yang mudah menangis masa berdoa dan dalam solat serta rajin membuat amal baik..
Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
Anak remaja yang dah besar macam-macam permintaannya ada. Itu tandanya mereka perlu dibawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..
Anak remaja suka menyendiri. Mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik-beradik lain.
Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...
Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan-perlahan tkurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa ke majlis ilmu..
Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...
Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.
Ya Allah jadikanlah anak-anak kami daieMu yang berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.
Ya Allah terimalah kami semua.
Ustaz Ebit Lew
TERUSKAN PANDANG BAIK
SANGKA BAIK
FIKIR YANG BAIK
CAKAP YANG BAIK-BAIK
P A S T I H A T I P U N
J A D I B A I K
No comments:
Post a Comment