PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita
mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand
melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.
Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.
Menurutnya ketika kejadian, suaminya Marc Horn, 50 bersama beberapa krew sedang tidur di bawah dek kapal dan dia sedang melakukan pemantauan di waktu malam .
"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.
Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."
Tambahnya, dia dapat melihat garis asap hitam yang terhasil dari belakang pesawat terbabit di sepanjang laluan kapal terbang di udara.
“Sekurang-kurangnya ada dua pesawat terbang melalui ruang udara dari arah bertentangan pada masa itu, saya fikir mungkin pesawat lain mungkin melihat kebakaran yang terjadi pada badan pesawat tersebut dan melaporkannya serta-merta,” jelasnya.
Tee yang agak tergamam dengan cahaya api tersebut kemudiannya beranggapan mungkin ianya cahaya dari meteor.
“Saya masih ingat pesawat itu datang dari arah utara dan meluncur terbang dengan api marak pada badan pesawat menuju ke arah selatan,” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut, sebaik sahaja berita kehilangan MH370 kedengaran melalui radio kapal, Tee dan suaminya mula menyemak semula log perjalanan mereka.
Pasangan tersebut kemudiannya mula menyedari kemungkinan objek terbakar yang terbang di ruang udara merupakan pesawat MH370.
“Kami melihat semula data perjalanan yang telah kami rekodkan sejak awal dan salah satu laluan laut yang kami lalui hampir sama dengan laluan udara di mana pesawat tersebut dilaporkan hilang,” kata Tee.
Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

No comments:
Post a Comment