Udin
baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan
berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
Esoknya seperti biasa, Udin akan
bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran.
Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah
berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna,
Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh
berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang
tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku
suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu
belakang." Balas Harun pula.
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!". Kata Udin dengan girang.
"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"
No comments:
Post a Comment