Alhamdulillah
Friday, 11 April 2014
Malindo Air terima pesawat baharu
SYARIKAT penerbangan hibrid tempatan, Malindo Air menerima pesawat ATR72-600 baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang dari Toulouse, Perancis.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pesawat itu dengan nombor pendaftaran 9M-LML, adalah pesanan keenam ATR72-600 tahun ini dan dua lagi dijangka diserahkan bulan depan.
Penambahan baru itu akan mengukuhkan kumpulan pesawat domestik Malindo Air yang beroperasi bagi laluan di Semenanjung Malaysia.
Syarikat penerbangan itu juga kini beroperasi menggunakan enam Boeing 737-900ER untuk destinasi antarabangsa.
Ketua Pegawai Operasinya, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya yakin pesawat baharu itu akan menambah jumlah pesawat sedia ada.
"Sambutan penumpang amat menggalakkan setakat ini dan kita dalam proses mendapatkan lebih banyak pesawat, sejajar pelan strategik untuk mengembangkan rangkaian untuk memenuhi permintaan.
"Kami sasar beroperasi dengan 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...
No comments:
Post a Comment