Apa jenis kawan aku nih pun tak tahu lah,... dah lebih setahun pemergian kawan aku sorang ni, baru aku tahu. Sungguh, malam ini aku tersentak. entah kenapa aku seakan mencari di mana dia sekarang. dan akhirnya aku dipertemukan dengan berita sedih pemergiannya. John Anak Sanis, nama yang aku pernah kenal ketika aku berada di kuching. Seringkali berjumpa dengan sosok tubuhnya. Kampung Tematu, Jalan tematu 8
John seorang yang sangat tabah dalam menghadapi kehidupan nya sehari-hari. Setiap kali berhubungan tak kisahlah melalui facebook ke, whatsapp ke, dia akan bercerita tentang macam-macam hal. John bukan orang yang akan membuka cerita tentang keluarga dan kehidupan dia kalau dia tak meletakkan kepercayaan pada seseorang itu.
Seorang yang Panas Baran dan seringkali gagal mengawal emosi dek kerana peribadinya diganggu oleh orang lain. Pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri dan berlaku di hadapan aku. Dia betul2 marah selepas khabar angin yang mengatakan perkara yang tak tepat mengenai dirinya.Aku hanya cuba menenangkan keadaan dan mengawal apa yang patut supya perkara tidak berlarutan menjadi lebih buruk.
Mungkin perkenalan kami sudah pun melewati sekadar kenalan. Aku rapat dengan dia dan aku boleh katakan aku adalah sahabat dia ketika itu. Aku cuba untuk memberikan kata-kata semangat untuk dia terus tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan. Aku juga orang yang akan cuba sedaya upaya aku ketika itu untuk membantu seboleh aku. Tidak juga bantuan aku berjaya meloloskan dia dari apa yang dia betul-betul nak lari.
Namun, aku menjadi diri aku. entah kenapa aku mendiamkan diri untuk beberapa ketika. John masih terus cuba untuk menghubungi aku. aku terus diam membisu. Satu hari aku berjumpa semula dengannya ketika aku sedang berkursus di KL. Kebetulan pada waktu itu John bekerja di Cheras. Dia berkeras nak berjumpa dengan aku sebab kononnya ada perkara nak di sampaikan. aku rasa aku tak perlu nak ceritakan kat sini peristiwa perjumpaan kami di KL. Aku akan terus simpan bersama dengan kenangan selagi aku masih boleh mengingatinya.
John tetap ceria. tapi agak berbeza. mungkin sebab dia tengah kerja. Selama dua hari aku kat Cheras, dua hari juga aku berjumpa dan teman kan John buat kerja. Entah kenapa dari sini aku merasakan ada sesuatu yang John cuba sorokkan dari aku. Aku macam tahu apa yang cuba disorokkan cuma aku tak nak serkap jarang. Sebab aku tahu dan pernah menyaksikan John yang berdarah Panas ini cuba melakukan sesuatu yang aku akan bersabar.
Aku biarkan kisah aku yang seakan menghidu apa yang sedang berlaku. Setelah aku kembali ke Kuching, aku cuba menghubungi semula John. aku cuba untuk mengorek apa yang sebenarnya yang terjadi. entah kenapa aku pun macam nak sangat tahu kenapa dan apa yang terjadi sebenarnya. John memulangkan buah keras kepada aku. Katanya hendak membalas apa yang aku buat padanya.
Aku dengan ego aku, John dengan Ego dia. aku tahu aku tak sepatutnya memperlakukan seperti itu kepada seorang yang aku dah anggap sebagai sahabat. Kalau bukan dengan sahabat, dengan siapa lagi akan kita luah dan kongsikan perasaaan kita kan ?
Tak berapa lama lepas tu aku dapat tahu John dah berpindah ke Sabah. dan dia seakan sangat happy di sana. mungkin dapat kerja baru kot. Dia pernah juga cerita yang ada menawarkan dia kerja. Kerja yang dia sendiri Enjoy. Jauh disudut hati, aku gembira dengan perkembangn itu. cuma kali ini aku pulak yang sibuk nak mendekati john dan cuba mendapatkan perhatian.
selepas pada tu, aku semakin sibuk dan tenggelam dengan dunia aku sendiri. Begitu juga dengan John. dan hari ini aku merasa terpukul dengan berita yang aku dapat tahu dengan tidak sengaja. Aku sedih dan aku rasa bersalah. aku terkejut juga aku merasakan aku tidak layak untuk menjadi sahabat john. Maafkan aku john, aku tak tahu kau sakit. aku tak tahu apa penyebab kepada pemergian kau. Aku juga tak sempat nak menjenguk kau. Padahal pada hari itu, aku masih di kuching.
Aku hanya dapat mendoakan kebhagiaan milik kau di sana. Aku doakan urusan kau dipermudahkan di sana. Aku cuma nak bagitahu, Aku rindu JOHN ANAK SANIS.
Alhamdulillah
Wednesday, 27 November 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...