Kadang kadang ada rasa macam nak lepaskan rasa marah dan rasa tak puas pada student. pada awal aku duduk kat kerusi ni, aku nak buat keras kononnya macam semua salah pada student. Tak alert pada notis, tak tumpukan perhatian masa taklimat, tak ada disiplin, tak datang taklimat yang diberi, dan macam-macam lagi alasan yang boleh di cipta untuk melepaskan rasa tak puas hati tu pada student.
mungkin pada awal peralihan aku dari Pensyarah yang mengajar dalam kelas, dan sekarang pegawai yang menguruskan penempatan dan segala hal berkaitan latihan industri, aku mula menilai semula kaedah dan cara untuk berurusan dengan pelajar.
mungkin juga dengan cara yang aku buat sekarang, seakan memanjakan student, tapi... dah sampai satu tahap di mana aku tak sanggup nak marah-marah dan lepaskan rasa tak puas hati pada student. Kadang2 sebab pelajar lain, pelajar yang seterusnya pulak yang jadi mangsa emosi. sejak dari itu, aku mula melembutkan cara dan cuba untuk mencari ketenangan dalam
Alhamdulillah
Friday, 7 December 2018
Friday, 23 November 2018
Tahun Terakhir di PKS
Berita dan cerita untuk menghabiskan sisa perkhidmatan di bumi kenyalang ni dah lama sangat berkumandang. Sejak tahun lepas lagi selepas berita dan kesekian kalinya mencuba untuk memohon Biasiswa hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk sambung belajar. Aku dah dapat tawaran pun untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Masters dan macam-macam persediaan dah buat pun untuk itu.
Hati dah berbunga-bunga, Hasrat untuk sambung belajar dan meninggalkan bumi kenyalang hampir menjadi kenyataan. Dari mendapat tawaran, sehingga la menunggu untuk ke kursus QA yang dikatakan halangan terakhir untuk memulakan pengajian. dah lepas pun kursus QA yang wajib untuk diikuti walaupun cara ianya di kendalikan pada batch kami agak berbeza. Syaratnya hanya HADIR sahaja. Tidak seperti batch yang sebelum ini, mereka dikehendaki Hadir dan LULUS kursus QA. Alhamdulillah kebanyakan perjalanan untuk melanjutkan pengajian di permudahkan.
Hanya tinggal untuk memohon tempat dan mendapatkan surat tawaran dari university. Makin hampir kepada Tarikh dah masa, aku mencuba nasib untuk kali kedua memohon untuk mengisi jawatan sebagai Atase Pendidikan di Education Malaysia. Dalam hati berdebar-debar dan sibuk memikirkan hal-hal HLP ini, aku sempat juga nak jenguk iklan Atase ni. Mungkin sebab dah nekad atau saja nak cuba nasib kot. Aku lanjutkan sahaja permohonan.
Ramai orang kata,
"tak payah lah ko bermimpi nak dapat jawatan Atase tu, Dorang dah ada calon dah pun nak isi jawatan tu, Permohonan ni, buata syarat jer".
aku tak kisah. yang penting aku cuba, tak salah pun mencuba dan tak kena bayar pun. Akhirnya, seminggu lepas kursus QA untuk HLP tu, aku dipanggil untuk temuduga pengisian jawatan. OMG, terkejut kot. siapa tak terkejut kan, kata orang even nak dapatkan di panggil interview pun susah. since ko da dapat panggilan ni, pergi sana n do the best.
Pada awal permulaan permohonan, aku langsung tak bagitau family yang aku ada mohon. Bila dah dapat panggilan temuduga, nak tak nak aku membuka mulut dan memohon restu dan doa dari Bonda. Seperti kebiasaan seorang ibu, mereka akan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dengan berbekalkan maklumat yang sikit pada diri ini, dan juga research yang tak seberapa pasal jawatan atase inijuga beberapa maklumat yang aku baca berkenaan Education Malaysia, aku gagahkan diri masuk ke bilik temuduga.
Cuak wei…. siapa tak cuak kan. Alhamdulillah tak berapa lama selepas itu, keputusan pun di umumkan. dan pada ketika keputusan temuduga diumumkan, aku pada waktu tu kat kampung (Jengka 13) Bersama-sama dengan mak n abang Lang tgk TV. Baca email dari HP, mula-mula aku menggigil baca tajuk, lepas tak lama tu, aku ketawa dan hampir ketawa sambil menangis. Abang Lang dah mula syak lain. Baca keseluruhan email pun tak berapa nak focus sebab hati dah berbunga-bunga. Terus bgtau Bonda dan Abang Lang, Abang Lang peluk aku kejap, macam tak nak lepas, dia sendiri pun macam terharu. Terima Kasih abang Lang.
Alhamdulillah aku Berjaya lepas temuduga dan semua kata-kata orang sebelum ini lenyap begitu sahaja. Aku ditawarkan ke jawatan Pinjaman sebagai Atase Pendidikan di Education Malaysia Australia untuk tempoh 2 tahun. Alhamdulillah, aku sujud kesyukuran.
Hari ini, berbaki beberapa bulan sahaja lagi, aku betul-betul akan meninggalkan bumi kenyalang ini. Aku akan mula lapor diri di Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Februari nanti. Kali ini, betul-betul Jadi. Aku Pindah.
Buat yang masih tertanya-tanya, betul ke En Amin nak Pindah ? disini lah jawapannya. sekian lama teka teki ini menjadi persoalan yang semua orang nak tahu. sekarang disinilah kebenarannya. Ye, Saya akan berpindah.
Terima Kasih Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak (2011-2017)
Terima Kasih Unit Keusahawanan, Politeknik Kuching Sarawak (2011-2018)
Terima Kasih Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Kuching Sarawak (2017-2018)
Terima Kasih Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad (2011-2018)
Terima Kasih Askar Wataniah Politeknik Kuching Sarawak (2015-2018)
Terima Kasih Unit Peperiksaan (Pegawai Peperiksaan Jabatan) (2011-2016)
Terima Kasih Semua
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"
Bismillahirrahman Arrahim, Yang Berusaha, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Junaida bi...
-
TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan s...
-
Senarai Nama Graduan untuk Sesi f dan Sesi DIS2013 Bil No ...
-
Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat me...