Alhamdulillah

Monday, 28 July 2014

Seloka aidilfitri .......

Air tak selalu jernih💦
begitu juga ucapanku

Kapas tak selalu putih..
begitu juga hatiku

Langit tak selalu biru🌈
begitu juga hidupku

Jalan tak selalu lurus🚶
begitu juga langkahku

Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini☀
Untuk Apa menunggu hari raya🎉 tiba?😔

Sedangkan hembusan Nafas⏳ pun Kita tak pernah tahu bila akan
Berhenti🕙😢

maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas
Kesalahan Kekhilafan😒 maupun 
Perbuatan yg sengaja & tidak sengaja..
yg membuat sakit hati💔 kalian🌻

.. Sebelum ramadhan pergi👋
.. Sebelum aidil fitri datang🎆
➿ Sebelum operator sibuk📲
🚧 Sebelum line xdak..lbih bek sya whatsapp siap2....😁

Diri ini hendak memohon maaf atas semua kesalahan...😭

selamat menikmati🌄 hari-hari terakhir Ramadhan..⭐🌙

Sunday, 27 July 2014

Mari ber pantun

Naga keramat naga disisi, Samurai kembar pembela diri, Al-Quran dan Sunnah disanjung tinggi, sebagai pedoman didalam hati, Merah tersemat mengasuh diri, Putih amalan setiap hari, 30 juzuk pertahan diri, 36 harimau megah berdiri, 77 pistol letak disisi, Sms dihantar pengganti diri, Pada semua yang saya kasihi, Jangan takot jangan kau lari, Mengutus ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Yang hampir tiba,Maaf ZAHIR & BATIN saya pohoni, Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Zul Tiga Line

Saturday, 19 July 2014

Pencen

Bagi makluman sesiapa yg ingin pencen awal ( optional)
***********
Menjawab persoalan berhubung Persaraan Awal (Optional). 
A.Pegawai Kerajaan Lantikan Sebelum 12 April 1991 

i.Syarat umur  Wanita mencapai umur 40th

ii.Lelaki umur 45th

iii.Genap berkhidmat 20th (240 bulan)

iv.Bayaran pencen 50% dari gaji terakhir 

v. B.Pegawai Kerajaan Lantikan Selepas 12 April 1991 

i.wanita dan Lelaki genap umur 40 th

ii.Genap Perkhidmatan 25th (300 bulan)

iii.Bayaran Pencen 60% dari gaji terakhir

iv.Bayaran Pencen akan mula dibayar selepas sampai umur 45th bagi Wanita dan 50th bagi Lelaki 

CATATAN.

i.Bayaran Gratuity akan dibayar selepas genap 10th (120 bulan) bertugas. 

ii.Bayaran Pencen akan dibayar selepas sampai umur persaraan wajib samada 55/56/58/60 yg di tanda tangan semasa pilihan Pencen. Sila rujuk Laman Web JPA. Ahmad Musadad Hj. Sulaiman, JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)

Tolong Panjangkan ke Group lain utk Sharing ilmu ini

Thursday, 17 July 2014

Polis siasat kes wanita buli pesara #CDM25

KUANTAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes wanita berusia 30 tahun yang didakwa membuli seorang warga emas dengan menggunakan pengunci stereng kereta di tempat letak kenderaan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana lakukan ugutan jenayah.

Katanya, kertas siasatan dibuka selepas satu laporan dibuat oleh pegawai polis.

“Pada mulanya kes ini hanya melibatkan kesalahan trafik tetapi apabila video wanita ini membuli tersebar dalam laman sosial sejak semalam kita terpaksa membuka kertas siasatan ekoran laporan polis.

“Kedua-dua mereka yang terlibat akan dipanggil memberi keterangan walaupun warga emas itu beranggapan kes sudah selesai dan dia sudah maafkan wanita itu,” katanya.

Abdul Aziz berkata, walaupun kejadian itu kes terpencil namun kes buli jalanan tidak boleh dibiarkan menjadi budaya kerana  kesalahan itu merupakan sesuatu yang serius.

Beliau meminta orang ramai membiarkan polis untuk menjalankan siasatan ini dan jangan mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial.

“Kita ada undang-undang dan akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, kejadian di tempat letak kereta UTC Kuantan kira-kira jam 1.10 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika, wanita dari Felda Lepar Utara 8  terbabit memandu keretanya untuk ke tempat membayar letak kereta.

Pesara dari Jalan Kubang Buaya di sini secara tidak sengaja terlanggar belakang kereta dipandu wanita itu.
“Dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun kenderaan masing-masing tercalar akibat pelanggaran tersebut.

“Tidak puas hati dengan insiden itu, wanita terbabit bertindak menyerang pesara terbabit dan memukul kereta lelaki itu menggunakan besi pengunci stereng seperti rakaman video yang tersiar ,”katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan mengeluarkan saman ke atas pesara itu.

“Pesara dari Jalan Kubang Buaya itu juga membuat laporan polis cuma butiran laporan hanya maklumat bahawa dia tidak cedera dan keretanya tidak mengalami kerosakan,” katanya.

Menurutnya, pesara tersebut bagaimanapun tidak mahu membuat laporan polis terhadap kekasaran wanita terbabit walaupun mendakwa wanita itu mencekak baju dan mengetuk keretanya beberapa kali.

“Sebaliknya dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan memaafkan wanita tersebut.

“Kita akan siasat wanita itu kerana perbuatannya kita dapati menjurus  kepada pembuli jalan raya.

Gara-gara Video berdurasi 2 minit 33 saat yang  tersebar di Facebook dan YouTube menjadi viral yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai berhubung insiden tersebut.
Rata-rata komen dihantar ke laman sosial mengecam tindakan wanita berusia 30 tahun itu yang dianggap keterlaluan malah ada yang cuba kaitkan insiden itu dengan isu perkauman.

Gambar pemandu kereta jenis Peugeot 208 diedit dan dimuatkan ke laman sosial digambarkan sebagai model pengunci stereng dan samseng.


Tuesday, 15 July 2014

Naikkan OPR untuk kekang inflasi

Kenaikan OPR dijangka mengurangkan tekanan ke atas harga barangan yang semakin meningkat disebabkan permintaan tinggi. - Foto: Bernama




KEPUTUSAN Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kelmarin, iaitu pertama kali sejak 2011, dijangka dapat mengurangkan inflasi dalam negara serta mengekang kenaikan hutang isi rumah yang semakin melonjak.

BNM kelmarin mengumumkan OPR dinaikkan kepada 3.25 peratus berbanding 3.00 peratus sebelum ini.

Kali terakhir OPR  dinaikkan adalah pada Mei 2011 kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus.

OPR adalah satu daripada instrumen digunakan bank pusat untuk mengawal paras kenaikan inflasi, dan pelarasan OPR akan menentukan  kadar pinjaman asas semasa oleh bank-bank tempatan.

Menurut BNM dalam kenyataannya berhubung kenaikan OPR itu, petunjuk terkini menunjukkan terdapat kekuatan berterusan dalam eksport dan aktiviti sektor swasta di Malaysia.

"Momentum pertumbuhan keseluruhan ini dijangka kekal. Eksport akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi negara maju dan daripada permintaan serantau.

"Aktiviti pelaburan dijangka kekal kukuh, diterajui oleh sektor swasta. Perbelanjaan swasta di Malaysia akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan," menurut BNM yang menambah prospek ekonomi Malaysia akan kekal dalam laluan pertumbuhan stabil.

Pertumbuhan ekonomi kukuh ini bagaimanapun dikhuatiri memberi kesan kepada inflasi, dengan BNM menjangka inflasi akan terus berada pada paras lebih tinggi daripada purata jangka panjang kerana faktor kos domestik yang lebih tinggi.

Menurut BNM, kenaikan OPR bertujuan mengurangkan risiko ketidakseimbangan kewangan dan ekonomi yang boleh menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya semalam berkata, hutang isi rumah ialah perkara utama dalam ketidakseimbangan kewangan yang disebut oleh BNM kelmarin.

"Hutang isi rumah telah meningkat secara mendadak sejak negara pulih daripada krisis kewangan global (pada 2008).

"Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melonjak daripada hanya 60.4 peratus pada penghujung 2008 kepada 86.8 peratus akhir tahun lalu.

"Ini meletakkan Malaysia hanya di belakang Korea Selatan, yang kini negara dengan nisbah hutang isi rumah-KDNK tertinggi di Asia sebanyak 91.1 peratus," menurut MIDF Research.

Menurut firma penyelidikan itu, BNM dijangka tidak akan menaikkan lagi OPR bagi tahun ini kerana ekonomi Malaysia sudah mula perlahan dengan banyak petanda menunjukkan langkah-langkah berhemah mikro dan makro yang diambil sudah mula menunjukkan kesan.

Menurut MIDF Research, indeks harga rumah juga menurun kepada lapan peratus bagi suku pertama tahun ini, iaitu paling rendah sejak suku keempat 2010.


OPR dijangka naik lagi

Bagaimanapun, MIDF Research menjangkakan kenaikan OPR sebanyak 0.25 peratus pada awal 2015 sebagai langkah awal sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) sebaliknya berpendapat, BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 0.25 peratus lagi pada akhir tahun ini.

"Kenyataan BNM mengenai prospek pertumbuhan kukuh dan inflasi dijangka kekal tinggi berbanding purata jangka panjang, pada pendapat kami menjadi petunjuk kuat mengenai kenaikan OPR lagi," menurut Maybank IB dalam nota penyelidikannya, semalam.

Menurut Maybank IB, dengan pertumbuhan dijangka kukuh, disokong oleh permintaan domestik yang tinggi dan pemulihan dalam permintaan luaran, OPR dijangka dinaikkan kepada 3.50 peratus menjelang akhir tahun ini.


Pelaburan luar tidak terjejas

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kenaikan OPR tidak akan banyak memberi kesan kepada sentimen dan keyakinan pelaburan atau pelabur.

“Malaysia akan terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan dan menarik bukan hanya kepada mereka dari luar negara tetapi juga di dalam negara.

“Kenaikan OPR adalah minimum dan ia mempunyai kaitan dengan gambaran lebih besar dari segi kedudukan ekonomi, seperti kenaikan kecil kadar inflasi dan hutang domestik,” katanya semalam, seperti dilaporkan Bernama.

Mustapa berkata, langkah itu akan mengurangkan sedikit peningkatan hutang isi rumah.

“Mungkin ada sedikit kesan kecil kepada penggunaan domestik. Tetapi pada pandangan saya, ia tidak banyak. Dalam pada itu, rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dari segi penggunaan,” katanya.



OCBC naikkan kadar pinjaman, pembiayaan asas











OCBC Bank (M) Bhd dan anak syarikatnya, OCBC Al-Amin Bank Bhd, akan menaikkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) berkuat kuasa 16 Julai.

Ini susulan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Bank itu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa BLR dan BFR akan disemak menaik kepada 6.85 peratus setahun daripada 6.60 peratus sebelumnya.

Sementara itu, kadar pinjaman gadai janji, alternatif kepada BLR bagi pinjaman perumahan, juga akan dinaikkan kepada 5.70 peratus setahun berbanding 5.45 peratus. - Bernama






SUMBER OCBC

#ComputerRepairs #9Gag

Computer repairs

are you #Gamers??

Then VS Now

Thursday, 10 July 2014

Tazkirah

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.

ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
       

  Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
         

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
         

Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
 2)tak ingat
 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

         Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

        Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.        

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.        

Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
       

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..          ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...
    Terdapat dua jenis manusia
          1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
          2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Friday, 4 July 2014

Nenek Yang Stress dengan Cucu nya

berkali kali bacaa... tetap gelak gila gila punyaa.. hahahaaaa apa punya cucu lah haishh 
 CUCU SENGAL SEGALA SENGAL HAHAHAHAHA          
Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..?       

Nenek: cari daun palas ni haa..     

Cucu: utk apa daun palas nek..?         

Nenek: utk buat ketupat..    .    

Cucu: ketupat utk apa nek..?        
Nenek: utk makan nanti          

Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..?       

Nenek: cari daun palas..        

Cucu: utk apa ah..??     

Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan..    

Cucu: ketupat tu utk apa nek..?        

Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak..    

Cucu: .ohh gitu..     

Nenek: dah laa pegi main sane.jgn kacau nenek.          

Cucu: kenapa..?         

Nenek : sbb nenek sibuk...        
Cucu: sibuk buat apa..??      

Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi..      

Cucu: daun palas utk..??       
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!!      

Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?

Nenek: dgn kau la..!!        

Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon.     
    
Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja...          
Cucu: buat keja apa..?

Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!! CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!!     

cucu : utk ape..??

Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!!     

Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..?      

Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai nd hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!!   

Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm          daun palas..?          

Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!!         

Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..??          
Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!!        
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..?          

Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!!        
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..??   

Nenek : tidak..! aku ada kerja..!!       

Cucu : kerja apa..?    

Nenek : cari daun palas          

Cucu : utk ape daun palas ah..??          

Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!!       
 

  * Terus Nenek Dea Lari Tanpa tengok belakang * Kalauu Sesiape nampak nenek Tengah belari tuh . Jangann Tegur pasal Daun palas . Mati Strok Orang Tua tu °° Jangann Gelak sorang-2 . share lah .

Tuesday, 1 July 2014

Puasa d Jengka

Keletah Anak buahbertemu....  Jarang-jarang dapat bertemu macam ni.... Geran dengan Amsya yang comel tu.... Hehe....

Abaikan background kat belakang tu yer....

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...