Alhamdulillah

Tuesday, 30 December 2014

Banjir Pantai Timur

Musibah banjir yang Melanda pantai timur baru baru ini sememangnya yang terburuk pernah Melanda pantai timur.... Negeri yang pertama terjejas... Negeri Kelantan.... Dan ameen yang berada d Pahang Ketika musibah ini juga terkesan sama..... 

Pada awalnya cuti semester ini ameen Dah rancang awal nak balik ke kampung memandang kan emak nak buat kenduri arwah.... So besan mak yang ada d Johor dan Segamat pun Turut Serta datang nak memeriahkan majlis... Adik beradik pun semua dah setuju nak balik sama dan berkumpul setelah kali terakhir berkumpul satu keluarga pada jari raya yang lepas..... 

Ameen dah sampai awal... Dan ketika itu gelombang banjir baru sahaja nak berlaku..... Adik yang berada d Umk pun 

Wednesday, 3 December 2014

Accident....

Tips: Anda Mahu Tahu Ini Bila Kereta Dilanggar Dari Belakang

Published 20 hours ago at MyNewsHub - Gaya Hidup

Mungkin malang tidak berbau, bagaimanakah jika sesuatu kemalangan telah berlaku
kepada anda?

Pasti anda mahupun kami sendiri akan berada di dalam situasi yang sangat panik dan tergamam.

Lebih-lebih lagi jika ia merupakan kes kenderaan belakang yang melanggar anda, apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda merupakan mangsa?

Melalui Facebook Salkukhairi Abd Sukor, yang juga merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara, beliau telah berkongsi cara bagaimana untuk menangani sekiranya anda dilanggar dari belakang.

Dengan tips ringkas ini, mudah-mudahan anda tidak perlu marah, gelabah atau sedih lagi sekiranya dilanggar.

Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang melanggar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang melanggar anda tadi keluar darrpada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi, kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kapada anda. Just bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain darrpada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat laporan di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan “third parti claim” untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

Patuhilah undang-ungang yang telah ditetapkan

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Wednesday, 19 November 2014

Bahaya Alert

(VERY INTERESTING COMMENTS  BY MANTAN KETUA HAKIM NEGARA AS REGARDS TO KES MAK NYAH  TEMPOHARI.....I WOULD SAY THAT THIS IS MORE SENSIBLE TO US MUSLIM ESPECIALLY DESPITE THE REQUIREMENTS  OF HUMAN RIGHT..... WITHOUT PREJUDICE )

CA NO-01-498 11/2012 MUHAMAD JUZAILI BIN MOHD KHAMIS DLL
V
STATE GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN DLL

ULASAN

Oleh

Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara

Saya telah membaca “Penghakiman Ringkas” Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut.

Fakta yang tidak dipertikikan adalah Perayu-Perayu adalah lelaki, beragama Islam dan menghadapi “a medical condition” yang dikenali sebagai “Gender Identity Disorder (GID)”. Oleh sebab keadaan itu, semenjak muda, mereka berkelakuan seperti perempuan, termasuk memakai pakaian perempuan. Mereka telah ditangkap, dihadapkan ke Mahkamah Syari’ah dan dihukum beberapa kali di bawah seksyen 66 Enakment Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (EJSNS). Mereka membuat permohonan di Mahkamah Tinggi meminta mahkamah mengisytiharkan seksyen 66 EJSNS bercanggah dengan Perlembagaan Persekutun dan, oleh itu, tak sah dan batal. Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka. Mereka merayu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan membuat peritah seperti yang dipohon oleh mereka.

Seksyen 66 EJSNS memperuntukkan:
“Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Tiga perkara perlu diambil perhatian dari awal ialah, pertama, mereka bukan merayu terhadap sabitan dan hukuman terhadap mereka oleh Mahkamah Syariah. Mereka memohon supaya Mahkamah Tinggi (Mahkamah Sivil) mengisytiharakn bahawa peruntukan seksyen 66 itu tak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Bidangkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Demikian juga bidangkuasa mengisytihar sesuatu undang-undang itu tak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Oleh itu, dari segi bidangkuasa, permohonan itu adalah betul.

Kedua, tidak dipertikaikan bahawa kesalahan itu adalah satu kesalahan terhadap “perintah” (“precepts”) agama Islam yang terletak di bawah bidangkuasa Negeri dan bukan “undang-undang jenayah” yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan.

Ketiga, Mahkamah mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tak sah bukan kerana ia “undang-undang jenayah” yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan, tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1) (kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim-Hakim itu mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam. Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap perintah agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu.

Sebaliknya, mereka merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain, lebih-lebih lagi merujuk dan mengikuti penghakiman-penghakiman Supreme Court Amerika Syarikat dan India. Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat.

Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal megenai peruntukan- peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan. Mereka juga memakai prinsip “reasonableness” yang diketengahkan oleh Supreme Court India yang memberi kuasa kepada Hakim-Hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parliament tidak sah atas alasan ianya “unreasonable”. Itu sudah melanggar bidangkuasa Badan Perundangan (Parlimen). Mahkamah hanya boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tak sah jika ia bercanggah dengan Perlembagaan, bukan kerana pada pandangan seseorang Hakim undang-undang itu “unreasonable”.

Alasan-alasan yang diberi oleh mahkamah itu sangat luas implikasiya. Apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah- mahkamah di negara-negara sekular itu; apabila hukum syarak diukur dengan nilai- nilai liberal hak asasi ala-Barat; apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ianya “unreasonable” kepada sesaorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan senentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkann tak sah.

Menggunakan alasan-lasan yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih dari satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga boleh diisytiharkan tak sah. Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Nampaknya, apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku.(Lihat kertas kerja saya “Hak Asasi Manusia: Peranan dan Fungsi Dari Perspektif Perlembagaan Malaysia.” (20 November 2013); “Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Tradisi Islam dan Perlembagaan Malaysia” (24 Januari 2014) dan “Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Tradisi Islam dan Perlembagaan Malaysia” (14 Oktober 2014), semuanya boleh didapati dalam laman web saya: www.tunabdulhamid.my

Sekian.
===========_
pls help to make this viral. the appeal is being filed.

Friday, 14 November 2014

Jawatan kosong Sarawak energy

JAWATAN KOSONG : Sarawak Energy
1. Kerani
2. Attendant Pejabat
3. Juruteknik (ELECTRICAL)
4. Pembantu Kejuruteraan
5. Penganalisa Kewangan (SENIOR/JUNIOR POSITIONS)
6. Jurutera (ELECTRICAL)
7. Jurutera Kanan (REVENUE PROTECTION, MIRI)
8. Jurutera Kanan (C&P, SCADA, COMMS)
9. Jurutera Kanan (HYDRAULIC STRUCTURE)
10. Pengurus (DISPUTE RESOLUTION)
11. Pengurus (COMMUNITY RELATIONS)
12. Pengurus Pembinaan (MECHANICAL/CIVIL)
13. Pengurus (CIVIL STRUCTURES)
14. Pengurus (RURAL PLANNING AND COORDINATION)
Tarikh tutup:21 Nov 2014
Maklumat lanjut >>http://infojawatankerajaan.com/jawatan-kosong-di-sarawak-e…/
P/S: Tolong klik "Share" , sebarkan dan 'tag' kawan2 yang lain.
* Bantu rakan anda yang tengah mencari kerja ~
* Kongsikan dengan rakan anda

Wednesday, 12 November 2014

Kisah pencil dan pemadam

Seronok pulak baca cerita ni..
Perbualan antara pemadam dan pensil :
Bb 

📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu. 

📏Kenapa?
.
✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

📏Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?
 
📏Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

📏Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

📏Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul 

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari! 

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

📏Pemadam memujuk: 
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
Wahai saudara2ku yg tsayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Moral dari cerita ini juga. 

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
 
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

💓begitu juga pemadam sanggup berkorban demi persahabatan

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Permohonan Secara 'Walk-In' Ke Politeknik Kuching Sarawak Bagi Pengajian Sesi Disember 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Kuching Sarawak sedang membuka permohonan secara 'Walk-In' untuk program-program Kejuruteraan dan Teknologi bagi kemasukan Sesi Disember 2014. Permohonan secara walk-in ini adalah dibuka kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti, lepasan Institut Kemahiran Awam Malaysia (ILKA) serta lepasan Sijil Matrikulasi yang berkelayakan (memenuhi syarat minimum kemasukan).
Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Diploma Geomatik
  2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  3. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  4. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automottif)
SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan minimum adalah seperti berikut:
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
a) Program Kejuruteraan
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
    • Lulus Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Mendapat TIGA (3) KEPUJIAN bagi mata pelajaran berikut termasuk;
      • Matematik atau Matematik Tambahan
      • SATU (1) mata pelajaran berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional
      • SATU (1) mata pelajaran lain
Lepasan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti / Institut Latihan Kemahiran Awam
Telah menamatkan pengajian dan memenuhi kelulusan minima bagi program-program Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan. Syarat kemasukan terperinci boleh dirujuk di www.politeknik.edu.my
KAEDAH PERMOHONAN
  • Calon-calon yang berminat boleh memuat turun BORANG PERMOHONAN MANUAL.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke POLITEKNIK MUKAH dengan kadar SEGERA bersama-sama dokumen berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
  • Salinan SPM / Transkrip & Sijil Politeknik / Kolej Komuniti / ILKA / Matrikulasi yang telah disahkan
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah yang telah disahkan
Borang Permohonan dan dokumen boleh dikembalikan terus ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kuching Sarawak atau melalui pos ke alamat berikut:
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM22, Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak.
(UP: Saripah Siti Zuliani Bt. Wan  Abd. Rahman)
Sebagai alternatif, penghantaran borang dan dokumen melalui nombor faks 082-845023 atau e-mel kepada  siti.zuliani@poliku.edu.my juga diterima.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan secara 'Walk-In' boleh dikemukan terus kepada:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK,
KM22, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK
Tel : 082-845596 Faks : 082-845023

Wednesday, 5 November 2014

Politeknik mukah walk in intake

[ Tawaran Walk-In Masuk Politeknik KPM ]

Sukacita dimaklumkan, pihak Politeknik Mukah Sarawak ingin mempelawa pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan seperti berikut:

1. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) 
2. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
4. Diploma Kejuruteraan Awam
5. Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) 
6. Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) 

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Program di atas adalah boleh dirujuk di www.pmu.edu.my/mohon

- Calon yang berminat boleh muat turun borang pada pautan berikut:

http://www.pmu.edu.my/mohon

- Sila lengkap borang permohonan bersama salinan keputusan SPM dan kembalikan ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Mukah ATAU melalui emel fairuz@pmu.edu.my atau faks: 084874006

Mohon bantuan YBhg. Dato'. Sri/Datuk/ Dato'/Datin/tuan/puan hebahkan melalui apa saja saluran komunikasi bagi membantu lepasan SPM yang layak tetapi masih tercicir mendapat tempat di IPTA. Ribuan terima kasih atas usaha ini.💖

Kids are fun

These 18 Pictures Prove That Kids Are Basically Very Tiny Insane People. Which Is Why We Love Them.

Pushing The Baby During Birth #9gag #DeliverBaby #Pregnancy

Something you probably didn't know about giving birth.

Airport Dangerous #DangerousAirport #PlaneCrush #Airport #AmazingRunway

Avoid These 25 Dangerous Airports At All Costs. Your Life Depends On It.

The Things a Book From 1969 Predicted came True #Creepy #Shaman #Future #AhliNujum

The Things a Book From 1969 Predicted Came True...

Monday, 3 November 2014

Tok Gajah luar biasa #JuaraPialaMalaysia #ElephantArmy #HogohPahangHogoh #Pahang



Pemain JDT, Diaz (tengah) cuba melepasi halangan pemain Razman pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PAHANG melakar sejarah tersendiri apabila menjulang Piala Malaysia dua tahun berturut-turut selepas menafikan impian besar Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 2-2 sepanjang 120 minit dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 edisi ke-88 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Harimau Selatan yang memulakan sepakan bermula agak goyah apabila gandingan Safiq Rahim dan Shakir Shaari sering kehilangan bola menyebabkan perlawanan dikuasai Pahang pada lima minit pertama.

Percubaan pertama Tok Gajah memburu gol awal kelihatan pada minit ke-8 apabila hantaran jauh dari Damion Stewart gagal ditanduk kemas Matias Conti yang melegakan penyokong Harimau Selatan.

Selang seminit kemudian, pemain sayap lincah Pahang, R Gopinathan nyata begitu berbisa apabila mudah menewaskan Mahali Jasuli untuk masuk ke kotak penalti JDT dan melepaskan rembatan namun tertampan Fadhli Saas.

Harimau Selatan yang tertekan dengan asakan bertali arus Pahang mempunyai peluang pada minit ke-10 hasil hantaran pendek Luciano Figueroa dan Pereyra Diaz namun Kapten Pahang, Razman menafikan hasrat JDT untuk gol pertama.

Kesilapan Mahali Jasuli yang menjatuhkan Gopinathan di luar kotak penalti pada minit 14 nyata membawa padah apabila Dickson Nwakaeme menanduk sepakan percuma dari Azidan Sarudin menewaskan Al – Hafiz untuk gol pertama Pahang.

Tersentak dengan gol tersebut, ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak meletakkan Mahali di bahagian sayap kanan dan tempatnya diambil Jasarin Jamaludin bagi mengekang kelincahan Gopinathan.

Perubahan tersebut nyata mengubah corak permainan Harimau Selatan dengan Safiq serta Shakir mula memainkan peranan mengerakkan jentera serangan.

Ketua Pasukan JDT, Safiq hampir menyamakan kedudukan buat pasukan namun rembatannya pada minit ke-18 tertampan Razman yang melegakan penyokong Tok Gajah.

Bisa gandingan Figueroa dan Diaz mula kelihatan memasuki minit ke-20 apabila berjaya menemui rentak hasil hantaran pendek yang mengucar-kacirkan benteng Tok Gajah.

Usaha gigih Harimau Selatan memburu gol penyamaan terhasil apabila kekalutan dalam kotak penalti  Pahang dimanfaatkan sepenuhnya Diaz untuk merembat bola menewaskan Khairul Azhan pada minit ke-30.

Selang dua minit kemudian, Harimau Selatan memperolehi sepakan penalti selepas hantaran jauh dari Mahali kepada Figueroa  dalam kawasan penalti tertampan tangan Razman yang mudah disempurnakan Figueroa untuk mendahului Tok Gajah.

Pahang cuba menyamakan kedudukan berbaki dua minit separuh masa pertama namun kekentelan benteng JDT yang diterajui Antonio, Fadhli, Asrarudin dan Jasarin memastikan kedua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan Harimau Selatan berada di depan.

Memasuki babak kedua, Pahang yang memulakan sepak terus melancarkan gerakan melalui Gopinathan dan Azamudin Akil namun gagal memecah benteng JDT.

Peledak berbisa Harimau Selatan, Diaz hampir meledak gol kedua peribadi dan ketiga pasukan selepas berjaya menewaskan Khairul Azhan pada minit 52 namun tiang gol sebelah kiri menjadi penghalang.

Menyedari bahagian tengah kurang berfungsi, Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mengeluarkan Faizol  dan memasukan Hafiz Kamal pada selang lapan minit kemudian sambil Hodak turut membuat pertukaran Mahali dengan Amirul Hadi Zainal.

Kemasukan Hafiz memberi nafas di bahagian tengah dan serangan namun ketika Pahang ghairah melancarkan serangan, Saiful Nizam dilayangkan kad merah kerana mengasari Amri Yahya dalam kotak penalti ketika Pahang beroleh sepakan penjuru.

Kehilangan seorang pemain tidak melemahkan Tok Gajah apabila Nwakaeme memastikan perjuangan Pahang berterusan selepas menyempurnakan hantaran Stewart minit ke-70 untuk menyamakan kedudukan.

Figueroa hampir memastikan kemenangan mutlak buat JDT namun sepakannya sekali lagi terkena tiang yang melegakan penyokong Tok Gajah untuk memasuki perlawanan masa tambahan.

Deretan peluang terhidang gagal dijelmakan jaringan jentera peledak kedua-dua pasukan pada30 minit masa tambahan memastikan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti yang memihak Pahang dengan keputusan 5-3.

#ThisIsSoMuchMorePowerfulThanLungCancer #Smoke #Cigarrate #Advertisement

This is so much more powerful than lung cancer pics.

Thursday, 30 October 2014

Appreciate others help #ManagersAttitude #HelpOthers #FeelThePain

ONE OF THE BEST MESSAGES I HAVE EVER READ...
U MUST READ...

One young man went to apply for a managerial position in a big company. He passed the initial interview, and now would meet the director for the final interview.

The director discovered from his CV that the youth's academic achievements were excellent. He asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "no".

" Was it your father who paid for your school fees?"

"My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.” he replied.

" Where did your mother work?"

"My mother worked as clothes cleaner.”

The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

" Have you ever helped your mother wash the clothes before?"

"Never, my mother always wanted me to study and read more books. Besides, my mother can wash clothes faster than me.

The director said, "I have a request. When you go home today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back home, he asked his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to her son.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother winced when he touched it.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fees. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his education, his school activities and his future.

After cleaning his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, when he asked: "Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered," I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'

“I know now what appreciation is. Without my mother, I would not be who I am today. By helping my mother, only now do I realize how difficult and tough it is to get something done on your own. And I have come to appreciate the importance and value of helping one’s family.

The director said, "This is what I am looking for in a manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life.”

“You are hired.”

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop an "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying our children instead?

You can let your child live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch on a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your child learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

Try to forward this story to as many as possible...this may change somebody's fate.

Which one is your preference #WomenBodyShape #9Gag

What are you or what do you prefer. for guys, pick the best

World Moustache Competition #9Gag #Janggut #Jambang #Nice

10 Of The Fanciest Entries From The World Beard & Moustache Championships 2014

Wednesday, 29 October 2014

Tv n hp

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN
GIRLFRIEND PADA PANDANGAN
SEORANG SUAMI

Isteri macam tv, girlfriend macam
handphone. 

Dirumah tengok tv,
pergi keluar bawak handphone.

Kadang-kadang seronok tengok
tv, tapi selalunya masa banyak
habis main handphone.

Tv percuma sepanjang hayat, tapi
handphone kalau tak bayar servis
line, talian akan ditamatkan serta
merta.

Tv saiznya besar, berat dan
buruk, tapi Hp cute, comel,
ramping dan banyak butang
boleh picit dan boleh dibawa ke
mana-mana pada bila-bila masa
saja.

Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp..
mak oii.. mahalnya selalu
meragam plak tu.

HP bila kita bercakap dgn dia... dia jawab semula.... TV asyik nak kita dengar je dia cakap...

Yang sadisnya Tv ada remote
control, tapi Hp takde.

Cuma satu je kelebihan Tv, takde
virus. Tapi Hp sekali kena virus
habislah!

JADI.. JANGAN PENING KEPALA,SAYANGILAH
TV ANDA

Baca.. amal dan sampaikan

Tuesday, 28 October 2014

PB FD Rush tawar kadar lebih tinggi #PublicBank FDRush



 Public Bank
KEMPEN PB FD Rush kembali untuk memberi ganjaran kadar promosi lebih tinggi kepada pelanggan setia.

Dalam satu kenyataan media bank berkenaan berkata, kempen itu pertama kali dilancarkan Public Bank Berhad (PBB) pada Mac lalu dan kini dilancarkan semula oleh PBB dengan kerjasama Public Islamic Bank Berhad (PIBB) yang bermula 1 Oktober lalu hingga 30 November depan.

Ia terbuka kepada semua pelanggan  individu dan bukan individu PBB dan PIBB yang baharu dan sedia ada.

Menurut kenyataan itu,  penyertaan untuk kempen ini adalah amat mudah dan  pelanggan-pelanggan akan menikmati kadar faedah atau keuntungan promosi sebanyak 3.68 peratus setahun dengan meletakkan wang mereka di bank untuk tempoh jangka pendek selama 4 bulan.

Deposit Tetap Plus (DT Plus) dan Deposit Bertempoh-i (DB-i) ditawarkan sebagai produk yang layak di bawah Kempen ini. DT Plus adalah akaun Deposit Tetap Konvensional, manakala DB-i adalah Deposit Bertempoh Islam yang memberi pelanggan fleksibiliti untuk mengendalikan dana mereka bagi peletakan jangka pendek atau jangka panjang.

"Pelanggan individu dan bukan individu hanya perlu meletakkan minimum sebanyak RM50,000 untuk menikmati kadar promosi di bawah kempen ini, tertakluk pada peletakan maksimum sebanyak RM5 juta bagi individu dan RM20 juta untuk bukan individu.

"Kempen 'PB FD Rush' ini sebahagian usaha bank untuk menggalakkan simpanan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka menambah simpanan dalam Tempoh Kempen.

"Kami sentiasa adakan pelbagai kempen sebagai penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan dan kesetiaan mereka yang berterusan," menurut kenyataan itu.


SUMBER  

Hong Leong Islamic Bank menang Anugerah Sukuk



Hong Leong Islamic Bank
HONG Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) diumumkan sebagai pemenang 'Best Sukuk Deal' 2014, yang merupakan sebahagian daripada Anugerah Kewangan Islam Dunia 2014 yang berlangsung di Dubai.
  
HLISB dalam satu kenyataan hari ini berkata pencalonannya adalah berasaskan pembabitannya sebagai Penasihat Utama Bersama dalam program rentas sempadan inovatif - Sukuk Wakalah - struktur Sukuk pertama seumpamanya di Malaysia, yang menggabungkan kontrak Wakalah dan Ijarah di bawah bidang kuasa berasingan.

Selain itu, proses korporat itu juga merupakan badan penerbit bukan kerajaan pertama berkaitan Saudi Corporate dalam pasaran Sukuk Malaysia.
  
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLISB Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata anugerah itu memperakui usaha mereka dalam mempromosi pertumbuhan transaksi Sukuk rentas sempadan.
  
Anugerah Kewangan Islam Global mengetengahkan amalan terbaik dalam kewangan dan perbankan Islam dan meraikan kejayaan institusi dan individu, dengan tumpuan kepada usaha mempromosi tanggungjawab sosial, kesahihan Syariah dan komitmen perbankan dan kewangan Islam.

Anugerah disampaikan pada Forum Ekonomi Islam Dunia, satu acara tahunan yang menghimpunkan pakar dan pengamal industri dari seluruh dunia. - Bernama


SUMBER

Monday, 27 October 2014

#Tazkirah #MuhasabahDiri #Kiamat #bumiBerputarLaju

Di kelantan. Skrg ni. Zohor masuk jam 12.55. Asar. 4.15. Maghrib. 6.58 . isya' 8.05. Dh mcm dok kat belah sabah sarawak. Solat awal jee rasaa.. Sbnrnya tu tnda bumi mkin laju laju laju laju putarannya.. So. Mmg betullah. Kmgkinn besar matahari akan trbit dri belah Barat x dpt disgka mmndgkn klajuan bumi brputar skrg.. Mmg bila2 masa ja mathri bleh naik belah barat. Bagi NASA dn org non muslim ini adlh kejadian fenomena alam yg NORMAL. Tp bg yg Islam. Ini adlh ptnda BESAR. . Dah ready ke kita smua? Dh yakin smpat taubat? Bgi yg dah taubat, dah yakin ke TAUBAT kita tu Allah TERIMA... Takut x smpt trima ja.. Allahu. Moga kita bagi yang beragama islam mati dalam husnul khotimah. insya Allah. 
 Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? " Huraisy pun menjawab. "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak. "
#jomshareilmu....
#semogakitasemuadlmredhaIllahi
#mohonshare

Hari Keluarga PULADA #army #Wataniah #PuladaFamilyDay

Hari Keluarga PULADA Kem Ulu Tiram

31 Okt 14 - Futsal Terbuka
1st. RM500 + 8 Beras Faiza 10Kg.
2nd. RM300 + 8 Beras Faiza 5Kg.
3rd. RM100.
Yuran Peryertaan RM100.
Kapt Alisa - 0133883375.

31 Okt 14 - Bola Jaring Terbuka
1st. RM400 + 8 Beras Faiza 10Kg.
2nd. RM300 + 8 Beras Faiza 5Kg.
3rd. RM100.
Yuran Penyertaan RM60.
Mej Shafiron - 0176668810.

31 Okt - 1 Nov 14 - PULADA Paint Ball Challenge
Yuran RM160
Rocky
1st. RM300 + Medal.
2nd. RM300 + Medal.
3rd. RM100 + Hamper

Open 
1st. RM300 + Medal.
Kpl Saiful - 0173602754.

30 Okt  1 Nov 14 - PULADA Airsoft Challenge
1. IPSC SHOOTING ( Time Attack ) open competition.
RM 15 per entry.
Hadiah masa terbaik
Tempat pertama - Sniper bag pack.
Tempat kedua - Rifle bag
Tempat ketiga - Topi tactical - Hadiah diberi setiap hari.
2. Target shooting try out
( open to public )
Yuran RM 10/ 2 mags
3. Gerai pameran dan jualan barangan tactical 
(setiap hari)
4. Airsoft Challenge - Jungle Wargame 
- Yuran 
Awam - rm 100 per entry
Tentera - rm 70 per entry 
* price included
refreshment.
5. Airsoft Challenge
- CQB OBUA ( Operation in Build Up Area )
- Yuran 
Awam - RM 70 per entry 
Tentera - RM 55 per entry 
* price included refreshment.
Note & Disclaimer

David ( 0143878987
Mej Tarmizi - 0137988277.

1 Nov 14 - PULADA MoutainBike CHALLENGE
1st. RM400 + Rice Cooker.
2nd. RM300 + Rice Cooker.
3rd. RM100 + Rice Cooker.
4th - 10th. Beras Faiza 10Kg.
Yuran Penyertaan RM30.
Kapt Fahmi - 0127820252.

Gerai Niaga.
Cik Sabrina - 01133051466

Utk Pembayaran hubungi Penganjur Keseluruhan : Mej Lee - 0137496883.

#AverageHeight #MenAroundTheWord #NetherlandMen #Height #men

1 Meter = 4,5 Bananas

Friday, 24 October 2014

Maaf kan saya....

MINTA MAAF : 

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain2 kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat. 

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru maal Hijrah, saya menyusun sepuluh jari andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas. 

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT. 

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Pesanan buat wanita

Bila perempuan berhadapan satu situasi.. 

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. 
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat. 

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat? 

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call kwn tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat. 

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni 

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku. 

sekian

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

• Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi •

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...