Thursday, 23 July 2015

Sekadar cerita: 3 SOALAN MAUT.



Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.
Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman. 

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. 
Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan. 

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.
Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut. 

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.
Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.
Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

I'm not sharing my feelings.....

Suka tengok org update status macam2.... Ada yang bercintan Bagai nak rak.... Love u sayang.... Love u till jannah... Get well soon dear... Whatever.... 

Kadang2 bila baca semua tu rasa Macam menjengkelkan jugak.... Ada plak yang asyik dok Komplen itu x betul... So A ni Macam Hebat sangat... Si B ni asyik nak betul jer.... Hurm.... Kita yang baca ni Macam judge... And Ada plak si kaki komen jadi batu api..... 

Aku rasa Aku Dah lama x hupdate my feelings kat fb, kat Wechat... Or mana2 Tempat.... Dah lama meningglkan aktiviti swdemikian rupa.... If only I need an attention... Then baru la buat ayat yang kononnya double meaning.... Tapi.... For me.... Updating and expressing feelings kat social media ni Mcm x betul jer.... 

Kalau di flash back balik zaman muda mudi dulu kala, Aku Akan samada Panggil si Dia yang Dimaksudkan dan bersemuka, curahkan Isi hati dengan pertemuan empat mata..... Atau Aku tulis Surat panjang lebar yang bila mengarang Surat ni akan banyak la draf yang x menjadi dan dibuang.... 

Aku Suka dan rindu cara zaman dulu yang Aku penah buat... And Ada jugak Aku tulis dalam diari.... Dengan bahasa dan tulisan yang direka untuk kegunaan sendiri....  Orang lain Kalau buka diariaku, Kompom x tahu apa yang Aku lalui.... Hanya untuk tatapan diri sendiri sahaja....

Orang lain nak teruskan meluah perasaan kat media sosial.... Teruskan lah..... Aku tetap dengan cara sendiri dan tak kan juga mempengaruhi org lain Utk Cuba ikut cara aku.... 

"I Live in my own world" 
"Let me live with my preference" 
"Do not cross my line" 
"It's my life, as long as it is along with my faith, let me live as it is" 

Friday, 10 July 2015

Tazkirah Jumaat

Mungkin fenomena biasa. 
Dah kunci jam pukul 3. Tersedar pukul 2. Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'

Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula.

Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!

Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.

Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!

Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu. Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.

Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanabn ini? Hari ini sudah 21 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."

"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

Aduhai, anak-anak dan para suami, kalau malas bantu memasak, rajin-rajinlah menyukakan hati ibu atau isteri.. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah memasak, takkan kita tahu makan sahaja? Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.

Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan.
as salam
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :
Renungkn seketika.

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?
 
Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..



Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Hypocrit

Trying not to be a hypocrite.... But sometime it happens. Due to some circumstances and adapting to the situations..... 

As a white collar worker, I put myself on the line, not to cross either the right nor the left side.... I may not putting my thought out loud, however if I need to choose, I know my rightful choice.... 

I have my own judgement, I don't need others to influence me, I have my own standing on the issue. I am matured enough to justify the issue. 

Don't blame me for the silence I made... Don't judge me on the thought I may not voice out... I am who i am... Just as I always did, I have my own preference which to some people, it's not the right decision... 

Mind your own business.... I'll what I need to do, I play my role, so do you... Don't get mad bro... Chill... 

Wednesday, 8 July 2015

Panas.... Panas.... Panas....

1. Cuaca negara sekarang nih memang sangat-sangat mencabar. Cuaca panas dan kering sepertimana yang telah di laporkan oleh jabatan kajicuaca sebelum ini mengatakan cuaca panas ini akan berterusan sehingga bulan september nanti.

2. Berpuasa dalam bulan atau musim panas / Kemarau ini memang menguji keimanan dan ketabahan diri umat Muslim di seluruh dunia. Adush.... tak laratnyer nak bertahan... Alhamdulillah... dengan keimanan yang kuat, masih lagi bertahan sehingga ke hari ini. ... Alhamdulillah

3. Sehangat dan sepanas cuaca negara, begitu juga cuaca politik yang melanda negara, bagai ribut taufan, ia melanda negara dengan begitu kuat dan cepat sekali... rasa-rasanya ada tak pokok yang tumbang? atap rumah siapa yang terbang ? ada kereta atau kenderaat diseret dek taufan yang kuat ni tak ? hehehe....

4. Matawang negara berada di paras terendah 3.8060 berbanding matawang USD. Adush... aku bukan lah pakar ekonomi, nak meramal ekonomi pun tak pandai... tapi rasanya kalau ini yang berlaku sekarang, mesti perniagaan yang IMPORT dan EKSPORT akan mengalami kesusahan yang teramat besar sekarang ini.

5. Kalau dah peniaga yang ada kaitan langsung dengan kadar tukaran mata wang asing ini, adakah ia tidak akan terkena pada pelanggan atau pengguna ? Bohong kalau kata tidak... andaian orang tak pandai ekonomi ini, harga barang akan meningkat naik... harga perkhidmatan juga akan meningkat naik... adat atau kebiasaan yang berlaku kat negara Tercinta ini, kalau harga sesuatu barang itu telah naik, susah sangat nak panggil turun.

6. Keadaan panas akan terus menjadi panas dan semakin panas... Bukan sahaja panas dek selaran matahari, juga dek selaran ekonomi yang semakin meruncing. bagaimanalah dengan mereka yang tiada pekerjaan tetap, bagaimana pula dengan mereka yang bergaji kecil ? adush, tak tahan rasanya dengan semua yang bakal terjadi ini. sungguh tak sanggup untuk melihat dengan mata kasar.

7. Marilah kita menadah tangan memohon kepada yang maha Esa, agar apa yang dirasakan panas sekarang ini akan kembali sejuk dan suam dan seterusnya terus terusan dalam keadaan yang di impikan oleh semua orang. Semoga dengan permohonan dan hajat yang di laksanakan pada bulan yang mulia ini akan mendatangkan rahmah dan juga diperkenankan olehNYA.

8. Bila dah panas, kita sejukkan dengan air, minum air yang banyak tatkala berbuka, gunakan juga air untuk mengambil wuduk untuk menyejukkan hati yang sedang panas membara. Gunakan air juga untuk mendapatkan ilmu yang diredhai dan sentiasa berada di landasan yang betul.

9. Jangan jadikan alasan Panas ini untuk terus melakukan kemungkaran dan menyebarluaskan fitnah dunia yang semakin menjadi-jadi ini.

-AMIN-

Tuesday, 7 July 2015

Ada apa dengan 7 Julai?

1. 7 Julai 2011 tarikh dimana saya melapor diri di Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Putrajaya.

2. Tahun ini 7Julai 2015, genap 4 tahun saya menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

3. 4 Tahun dirasakan terlalu singkat dan masa berlalu de ngan sangat pantas. Tidak terasa rasanya sudah 4 tahun saya berkhidmat.

4. Walaupun saya melaporkan diri di Putrajaya pada 7 July, Saya Melapor diri di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada 8 July (Keesokannya).

5. Tidak dapat nak gambarkan bagaimana rasanya perjalanan 4 tahun tersebut. Ada suka, ada duka, ada ketawa, ada menangis dan ada segalanya.

6. Terima Kasih kepada semua yang telah berada di sisi saya sepanjang tempoh saya melalui 4 tahun yang penuh bermakna,

7. 4 tahun yang telah di lalui, dan ianya akan terus dan terus menjadi batu loncatan dan pengalaman hidup yang sangat bermakna bagi diri saya.

8. Menganjak memasuki gerbang tahun ke 5 membuatkan diri lebih kuat dan matang dan lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa dengan ILMU yang bermanfaat.

9. 7 Julai akan sentiasa di ingatan, Kampung halaman yang ditinggalkan demi mencari rezeki dan pengalaman di tempat orang sentiasa menjadi kekuatan yang paling besar dalam hidup sehingga ke hari ini.

10. Doakan kesejahteraan dan kesihatan saya, Istiqamah saya, Semangat Saya, dan segala yang baik yang boleh difikirkan sebagai Khalifah Kecil di bumi Tuhan yang sementara ini.

-AMIN-

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Bursa Saham Kuala Lumpur

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif hari ini melantun semula untuk ditutup tinggi susulan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.
 
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao berkata, pekerjaan senarai gaji bukan ladang naik kepada 223,000 pekerjaan pada Jun, lebih rendah berbanding jangkaan 233,000 pekerjaan, sekalipun pelabur menjangka pemulihan berterusan ekonomi AS akan membawa kepada kenaikan kadar faedah pada September.
 
"Ada dua data pekerjaan yang akan disemak semula sebelum Rizab Persekutuan memutuskan mengenai kadar faedah pada September," katanya kepada Bernama.
 
Ketika ditutup, bulan semerta Julai 2015 menokok 20 mata kepada RM142.20 segram manakala Ogos 2015, September 2015 dan Oktober 2015 masing-masing meraih 19 mata kepada RM142.60, RM143.05 dan RM143.55 segram.
 
Volum jatuh kepada 29 lot bernilai RM410,000 daripada 43 lot bernilai RM480,000 pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 1,353 kontrak daripada 1,347 kontrak.
 
Pada 5 petang, harga emas fizikal disandarkan pada RM137.26 segram, naik 16 sen daripada RM137.10 segram semalam. – Bernama