Thursday, 23 April 2015

Seloka Suka Suka

Malam ini malam jumaat...
Ibu2 nak kena ingat..
Bapak2 siang dah penat
Mlm jumaat bapak nk rehat.

Anak2 jgnlah bising... 
Bapak penat ..hati pun runsing...
Siang hari dah mcm gasing...
Darah naik ..kepala pun pening...

Ibu2 carikan ubat...
Agar bapak segera d rawat..
 sakit pinggang n sakit urat...
Ambil segelas air.. Bismillah Slawat...

Ibu2 yg baik hati...
Urutlah badan smpi ke kaki...
Kalau mmg sayang kan laki...
Jgn ngelak..alasan d cari.

Kena urut ..bapak pun segar..
Badan lesu..segar bugar.
Mata pejam..pintu d langgar..
Pujuklh tido..d dlm gebar.

Pagi subuh bapak pun bangun...
Bapak bangun tersenyum2...
Wajib mandi jgn tayamum...
Dirikn solat..isteri jd makmum.

Lepas solat bapak berdoa...
Pnjgkn umor..nk tambah dua...
Ibu pun amin..dia tk dengar...
Tambah rezki..tmbh semua.

...pantun kasih..mlm jumaat.

😆😆😆😆😆😆

Sunday, 19 April 2015

Cari jalan yg mudah......

Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke luar angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah). Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu 0° Celcius kepada lebih daripada -300° Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2
Kilang kosmetik yang besar di Jepun menghadapi masalah besar kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong. Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekab meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
......Nang kacak 👍👍👍

RESET MINDA GURU - Prof. Dr. Muhaya

RESET MINDA GURU 
- Prof. Dr. Muhaya

1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.

2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya guru, guru tidak akan bersemangat.

3. Jadikan diri kita Hamba Allah yang taat dahulu, nescaya kemegahan dunia & penghargaan manusia akan datang sendiri.

4. Niatlah menjadi guru kerana Allah, tujuan hidup, mencari redha Allah dan ladang pahala.

5. Guru perlu mengubah minda dengan menjadikan KPI Allah SWT ( Aqidah + Ibadah + Akhlak) menjadi tujuan utama dalam proses pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan duniawi.

6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa murid cemerlang dalam peperiksaan untuk mengejar status & populariti diri.

7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan dan kehebatannya.

8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang. Fikir setiap perkara atau tindakan yang dilakukan akan kebaikannya. Jika perlu marah kanak-kanak atau murid marahlah kerana sikapnya bukan dirinya sebagai insan. 

9. Guru tolong sayang anak murid seperti anak-anaknya.

10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai tetapi dengan niat memberi manfaat.

11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri kita.

12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat marah harga dirinya rendah.

13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya akan berkurangan. Orang yang bermasalah banyak masalah.

14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik Allah SWT: Usah berbangga atau riak dengan ilmu yang ada.

15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.

16. Jadilah manusia hebat yang mengubah persekitaran dan manusia di sekelilingnya.

17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan hidup anak murid dengan mencerca dan mengutuk kelemahan murid.

Sunday, 5 April 2015

Pesan buat diri....

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. 

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. 

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. 

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH. 

Sahabat2 ku:
           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        kerana syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SIHAT 
       kerana syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan 
        Harta kekayaaan
                Sebab 
    Si kaya pun tidak pernah  
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma selembar.

      Mari terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang 
      yang mengenalimu dan 
   Tidak suka dgn nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang 
     mengenalimu lebih dari 
           pada orang lain. 

      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA

            Sahabat2ku: 

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
            sedikitpun, 
  padahal aku  saat ini 
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri & utk share dgn kawan2 ...